Date: Jumaat, Jun 14, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti IR. HAIZAN BIN HUSSEIN, PENGARAH PERUNDING REKABENTUK, CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 16 Jun 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Elektrik di Unit Elektrik Cawangan Kejuruteraan Elektrik pada 29 Ogos 1983. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
 

1) Tahun 1983 - 1984          : Jurutera Elektrik, Unit Elektrik, Cawangan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

2) Tahun 1984 – 1991        : Jurutera Elektrik, Kem Tentera Selangor

3) Tahun 1991 – 1997        : Jurutera Elektrik, Unit Kesihatan, Cawangan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

4) Tahun 1997 – 1999         : Jurutera Elektrik, Projek Hospital UKM

5) Tahun 1999 – 2001        : Jurutera Elektrik, Unit Pendidikan, Cawangan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia

6) Tahun 2001 – 2005        : Jurutera Elektrik, Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

7) Tahun 2005 – 2007        : Jurutera Elektrik Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

8) Tahun 2007 – 2015        : Jurutera Elektrik Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia

9) Tahun 2015 – 2018        : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, MRT Line 2 dan Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

10) Tahun 2018 – 2019      : Pengarah Perunding Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia


Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dan Pengiktirafan
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC); Tahun 1994

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan, Lembaga Jurutera Malaysia
2. Jurutera ASEAN

c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Pengerusi – Technical Committee For Lighting, Lamps And Accessories (SIRIM)

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Technical Committee For Lightings, Lamps And Accessories – SIRIM
2. Standard Perindustrian Elektroteknikal – SIRIM
3. Active Medical Device – SIRIM
4. Community Of Practice – JKR
5. Lembaga Sebutharga – Cawangan
6. Lembaga Kelulusan Bahan - Cawangan      

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar IR. HAIZAN BIN HUSSEIN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.