Date: Khamis, Oktober 1, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. HAJAH ROHAYA BINTI P. KAMAL, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 30 SEPTEMBER 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik di JKR Perlis pada tahun 1981. Sepanjang 39 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1981 - 1996 : Pembantu Teknik, JKR Perlis
  2. Tahun 1996 - 1999 : Pembantu Teknik Tingkatan Kanan, JKR Perlis
  3. Tahun 1999 - 2000 : Jurutera Awam, Cawangan Kerja Bangunan Am
  4. Tahun 2000 - 2009 : Jurutera Awam, JKR Perlis
  5. Tahun 2009 - 2011 : Ketua Penolong Pengarah, JKR Perlis
  6. Tahun 2011 - 2014 : Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Senggara Persekutuan Negeri, JKR Kedah
  7. Tahun 2015 - 2019 : Pengurus Teknikal LADA, Langkawi, Kedah
  8. Tahun 2019 - 2020 : Jurutera Awam Penguasa, PPK 1
  9. Tahun 2020 - 2020 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Certified Safety and Health Officer (NIOSH)
  2. Certified Lead Auditor
  3. Certified Lead Auditor for Integrated Management System (Environment, Health & Safety and Quality Lead Auditor)
  4. Certified Registered Project Manager
  5. Registered Professional Engineer and Member of BEM & IEM
  6. Competent Trainer by NIOSH

b) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1994
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun  2002
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2007
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010
  5. Pingat Jasa Baik (PJB) 1989
  6. Pingat Mahkota Perlis (PMP) 2004
  7. Ahli Mahkota Perlis (AMP) 2010

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Ahli Lembaga Pengarah , Panorama Langkawi Sdn Bhd 2015-2020
  2. Jkuasa Lembaga Perolehan Kementerian Belia dan Sukan 2020
  3. Jkuasa Lembaga Perolehan Kementerian Sumber Manusia 2020
  4. Timbalan Pengerusi PUSPANITA LADA 2017 - 2018

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. HAJAH ROHAYA BINTI P. KAMAL dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.