Date: Isnin, Julai 22, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HAJAH RUHANI BINTI HAJI ALI, PENGARAH TEKNIKAL, JABATAN AUDIT NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 23 Julai 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 10 Oktober 1984. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 2001 : Jurutera Awam & Struktur, Jabatan Perumahan Negara, KPKT
  2. Tahun 2001 - 2007 : Jurutera Awam Kanan, JKR WP Kuala Lumpur
  3. Tahun 2007 - 2008 : Pengarah Teknikal, Kementerian Pertahanan Malaysia
  4. Tahun 2008 - 2011 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, IP JKR
  5. Tahun 2011 - 2015 : Ketua Jurutera, Parlimen Malaysia, JPM
  6. Tahun 2015 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan, IP JKR
  7. Tahun 2015 - 2018 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat , IP JKR
  8. Tahun 2018 - 2019 : Pengarah Teknikal, Jabatan Audit Negara, JPM

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  • Darjah Kebesaran Yang Mulia Pangkuan Negara : KESATRIA MANGKU NEGARA ( K. M.N.  Tahun 2014 (DYMM Yang di-Pertuan Agong)
  • Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2006, 1998 & 2014

b) Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

  • Professional Engineer
  • Ahli Lembaga Jurutera Malaysia
  • Ahli Seumur Hidup Pertubuhan Pegawai Profesional Jabatan Kerja Raya Malaysia
  • Certified EMS ISO 14001 Lead Auditor
  • Certified ISO 9001 QMS Lead Auditor
  • Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam A323907 ( AKRAB )

c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi

  • Pembentangan kertas kerja;

              1. Quality Control  For Construction Industry In Malaysia
              2. Quality Of Workmanship In Building Construction - Issues and Challenges

  • Memberi bimbingan kaunseling (AKRAB ) kepada warga Jabatan Kerja Raya
  • Ahli Jawatan Kuasa AKRAB JKR Malaysia Tahun 2012 - 2016
  • Ahli AKRAB Jabatan Kerja Raya  Malaysia
  • Setiausaha Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  Tahun 2002 - 2007
  • Urusetia Jawatan Kuasa Induk Seminar National Asset and Facilities Management ( NAFAM) Tahun 2009
  • Urusetia Anugerah Hari Inovasi JKR MalaysiaTahun 2015 - 2017
  • Urusetia Konvensyen KIK JKR Malaysia Tahun 2015 - 2017

      d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

      • Ahli Seumur Hidup AH-555/15 Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK)
      • Memberi bimbingan kerjaya kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tahun 2004


      Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. HAJAH RUHANI BINTI HAJI ALI dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

      Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

      Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.