Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat IR. HAJI CHE KAMARUDDIN B. BAHAR, PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 24 Jun 2019.
Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Projek di Unit Jalan Seberang Perak, JKR Perak pada 15 Ogos 1981. Sepanjang 38 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
1) Tahun 1981 - 1984 : Jurutera Projek, Unit Jalan Seberang Perak, JKR Perak
2) Tahun 1984 – 1986 : Jurutera Kerja, Unit JKR KETENGAH
3) Tahun 1986 – 1994 : Jurutera Bangunan, Bahagian Bangunan, JKR Terengganu
4) Tahun 1994 – 2000 : Jurutera Awam (Pendidikan), Bahagian Pendidikan, JKR Terengganu
5) Tahun 2000 – 2004 : Jurutera Awam Kanan (Jalan), Bahagian Jalan, JKR Terengganu
6) Tahun 2004 – 2011 : Jurutera Awam Penguasa (Jalan), Bahagian Jalan, JKR Terengganu
7) Tahun 2011 – 2015 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
8) Tahun 2015 – 2017 : Timbalan Pengarah (Pembangunan), JKR Terengganu
9) Tahun 2017 – 2019 : Pengarah JKR Terengganu
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;
a) Anugerah dan Pengiktirafan
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC); Tahun 1993, 2001, 2009 dan 2017
2. Ahli Setia Mahkota Terengganu (SMT) Tahun 2006
3. Ahli Mangku Negara (AMN) Tahun 2005
4. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Tahun 1998
b) Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan, Lembaga Jurutera Malaysia
c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Ahli Jawatankuasa Kelab Golf Di Raja Negeri Terengganu (KGDT) – 2018-Sekarang
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan IR. HAJI CHE KAMARUDDIN B. BAHAR dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.
Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.
- 1821 bacaan