Date: Rabu, Oktober 16, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HAJI MOHAMAD SALLEH BIN ABU BAKAR, PENGARAH JKR NEGERI JOHOR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 22 Oktober 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 16 Jun 1982. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1982 - 1983 : Jurutera Awam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  2. Tahun 1983 - 1984 : Jurutera Awam, JKR Pahang Tenggara
  3. Tahun 1984 - 1989 : Jurutera Awam, JKR Rompin, Pahang
  4. Tahun 1989 - 1992 : Jurutera Awam, Ibu Pejabat JKR Pahang 
  5. Tahun 1992 - 1998 : Jurutera Bekalan Air Daerah, Bekalan Air, JKR Pahang (Maran)
  6. Tahun 1998 - 2001 : Jurutera Kerja Kanan, Jabatan Bekalan Air Selangor
  7. Tahun 2001 - 2002 : Jurutera Kerja Kanan, Caw. Perancangan & Perkhidmatan Korporat, IP JKR KL
  8. Tahun 2002 - 2007 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Mersing, Johor
  9. Tahun 2007 - 2007 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Temerloh, Pahang
  10. Tahun 2007 - 2010 : Ketua Pen. Pengarah Kanan, JKR Negeri Johor
  11. Tahun 2010 - 2011 : Pengurus Besar Kanan Pembinaan, JKR Negeri Johor
  12. Tahun 2011 - 2013 : Ketua Pen. Pengarah Kanan, JKR Negeri Johor
  13. Tahun 2013 - 2014 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  14. Tahun 2014 - 2016 : Timbalan Pengarah, JKR Negeri Johor
  15. Tahun 2016 - 2019 : Pengarah, JKR Negeri Johor

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Perkhidmatan Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor (PPT), Tahun 2000 - Negeri Selangor
  2. Darjah Kebesaran Persekutuan Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (AMN), Tahun 2012 - Negeri Johor
  3. Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ), Tahun 2018 - Negeri Johor
  4. Pingat Kerana Lama dan Baik Dalam Pekerjaan (PLP), Tahun 2019 - Negeri Johor
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Tahun 2005 - Negeri Johor

b)  Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia

d) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi

  1. Presiden Kelab Sukan JKR Negeri Johor
  2. Ahli Lembaga Pelawat Taman Sinar Harapan Tampoi
  3. Ahli Jawatankuasa Perumahan Negeri Johor
  4. Ahli Lembaga Pengarah Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
  5. Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Johor
  6. Ahli Jawatankuasa Keselamatan Peperiksaan Awam Negeri Johor
  7. Ahli Jawatankuasa Pasir Gudang Emergency Mutual Aid (PAGEMA)
  8. Ahli Jawatankuasa Teknikal Kajian Projek Rapid Transit System (RTS)
  9. Ahli Jawatankuasa Perancang Wilayah Bagi Kawasan Persempadanan Antara Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
  10. Ahli Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PPSC)

e) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Institution Of Engineering (IEM) Malaysia
  2. Ahli Boards Of Engineers Malaysia (BEM) 
  3. Ahli Malaysian Association Of Project Management (MAPMA)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan  Ir. HAJI MOHAMAD SALLEH BIN ABU BAKAR dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.