Date: Isnin, Oktober 14, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HAJI MOHD ILHAMI BIN IDRUS, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 17 Oktober 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 03 Oktober 1983. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1988 : Jurutera Awam, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  2. Tahun 1988 - 1990 : Jurutera Wilayah Barat, Jabatan Perumahan Negara Wilayah Barat, Jabatan Perumahan Negara
  3. Tahun 1990 - 1993 : Jurutera Awam, Jabatan Bekalan Air Selangor
  4. Tahun 1993 - 1997 : Timbalan Jurutera Daerah Air, Jabatan Bekalan Air Daerah Kuala Lumpur, JBA Selangor
  5. Tahun 1997 - 2002 : Jurutera Jalan, Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling, JKR Selangor
  6. Tahun 2003 - 2005 : Ketua Penolong Pengarah Bangunan, JKR Selangor
  7. Tahun 2005 - 2006 : Jurutera Awam Kanan, Tim Nukleus Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perdana Menteri
  8. Tahun 2006 - 2007 : Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Air Dan Komunikasi
  9. Tahun 2008 - 2014 : Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Senggara, JKR Malaysia
  10. Tahun 2014 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) 1984
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR Ibu Pejabat) 2009 & 2017
  3. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Selangor 2001

b)  Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Qlassic Qualified Assesor
  2. Jurutera Professional Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia
  3. Member Institution Of  Engineers Malaysia (MIEM)

d) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Pelabur Asing Negeri Selangor 1991 - 1993
  2. Mewakili Jabatan dan Negeri - Sluice Valve Testing di Bangkok, Thailand untuk Bekalan Air Skim Sg. Selangor 1991
  3. Mewakili Jabatan dan Negeri - Raw Water Pump Testing di Kobe, Jepun untuk Bekalan Air Skim Sg. Selangor 1993
  4. Mewakili Jabatan menghadiri International Water Supply Association (IWSA) Convention dan Technology Transfer, Durban, Afrika Selatan 1995
  5. Mewakili Jabatan dan Negeri - Butterfly Valve Testing di Ayr, Scotland untuk Bekalan Air Skim Sg. Selangor 1996
  6. Pasukan Penggubal Dasar, Manual (MPAM) dan  Tatacacara (TPATA) Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan
  7. Ahli Jawatankuasa Teknikal Barangan Getah Untuk Kejuruteraan - Lembaga Getah Malaysia 2015
  8. Ahli Jawatankuasa Kumpulan Kerja Penyediaan Standard Malaysia Bagi 'Cleaning Performance' - SIRIM  2017
  9. Ahli Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset Tak Alih Kementerian Luar Negeri 2016 - 2017
  10. Ahli Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset Tak Alih Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 2017- 2019
  11. Moderator Bahagian Untuk Jcop dan Jpedia serta Moderator dalam Seminar Pengurusan Projek JKR 2017
  12. Penceramah Kursus Pengurusan Aset Menyeluruh anjuran Jabatan dan Kursus Pengurusan Aset Menyeluruh anjuran Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan
  13. Pegawai Subject Matter bagi khidmat nasihat Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA) - Bab Pelupusan, Penilaian dan Pemulihan, Ubahsuai dan Naiktaraf
  14. Ahli Jawatankuasa Seminar Pengurusan Fasiliti Sektor Awam 2017
  15. Penceramah dalam Seminar Proactive Maintenance For Designers anjuran Jabatan 2017
  16. Ahli Jawatankuasa Kerja Konvensyen Pengurusan Aset dan Fasiliti Negara (NAFAM) 2018
  17. Ketua Panel Penilai Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Pengurusan Fasiliti Bangunan tahun 2018 & 2019
  18. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Life Cycle Costing (TC-LCC) CIDB 2019

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. HAJI MOHD ILHAMI BIN IDRUS dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.