Date: Selasa, Ogos 11, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. HAJI ROZMAN BIN HAJI KHALID, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 12 OGOS 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar di Jabatan Alam Sekitar Perak pada 1 Mac 1985. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1985 - 1997 : Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Perak
  2. Tahun 1997 - 1997 : Jurutera Elektrik, USM Tronoh, Perak
  3. Tahun 1997 - 2005 : Jurutera Elektrik, Cawangan Elektrik, JKR Perak 
  4. Tahun 2006 - 2007 : Jurutera Elektrik, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri 
  5. Tahun 2007 - 2009 : Jurutera Elektrik Kanan, Cawangan Pendidikan Dan Pengajian Tinggi, Ibu Pejabat JKR 
  6. Tahun 2009 - 2010 : Jurutera Elektrik Kanan, JKR Putrajaya
  7. Tahun 2010 - 2011 : Jurutera Elektrik Kanan, Bahagian Projek Khas, Ibu Pejabat JPS Malaysia, KL
  8. Tahun 2011 - 2014 : Jurutera Elektrik Penguasa, Cawangan Kerja Bangunan Am, Ibu Pejabat JKR 
  9. Tahun 2015 - 2018 : Jurutera Elektrik Penguasa, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan
  10. Tahun 2018 - 2020 : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional dan Kekompetenan;

  1. Jurutera Profesional  berdaftar Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
  2. Ahli berdaftar Institut Jurutera Malaysia (IEM)
  3. Pengurus Tenaga  berdaftar  Suruhanjaya Tenaga (ST)
  4. Penyelia Elektrik  berdaftar  Suruhanjaya Tenaga (ST)

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan
  2. Ahli Penggubal Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK) dan Manual Pengurusan Aset Menyeluruh (MPAM)

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi;

  1. Ahli Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM)
  2. Ahli Koperasi JKR Malaysia Bhd.             

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. HAJI ROZMAN BIN HAJI KHALID dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.