Date: Rabu, September 30, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. HAJI SHAMSUDDIN BIN SABRI, PENGARAH KEJURUTERAAN PAKAR PERANCANGAN DAN PEMBINAAN, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 3 OKTOBER 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Unit Jambatan, Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan JKR pada 25 Ogos 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1988 : Jurutera Awam, Unit Jambatan, Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan JKR
  2. Tahun 1988 - 1991 : Jurutera Awam, Unit Rekabentuk Jalan, Cawangan Jalan
  3. Tahun 1991 - 1993 : Jurutera Awam, Institut Latihan Dan Penyelidikan JKR (IKRAM)
  4. Tahun 1993 - 1995 : Full time study (Master of Engineering (M.Eng) at Texas A&M University, Bryan College Station, USA)
  5. Tahun 1995 - 2009 : Penolong Pengarah/ KPP/ KPPK/ Timbalan Pengarah, Bahagian Perancang Jalan, KKR
  6. Tahun 2009 - 2010 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kej. Jalan Dan Geoteknik
  7. Tahun 2010 - 2017 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR
  8. Tahun 2017 - 2018 : Pengarah Seksyen Teknikal, Seksyen Teknikal, UKAS, JPM, Putrajaya
  9. Tahun 2018 - 2020 : Pengarah Kejuruteraan Pakar Perancangan dan Pembinaan, Cawangan Jalan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional dan Kekompetenan;

  1. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia
  2. Ahli Institusi Jurutera Malaysia (IEM)
  3. Ahli Persatuan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM)
  4. Ahli Persatuan Kejuruteraan Jalan Rantau Asia dan Australasia (REAAA)
  5. Ahli  Institute of Transportation Engineers USA (ITE) 
  6. Ahli Jawatankuasa The Malaysian Asset and Project Management Association (MAPMA) 
  7. Ahli Institute Value Management Malaysia (IVMM)
  8. ASEAN Chartered Professional Engineer (ACPE) 
  9. Maintenance Engineering (Road)  – Tahap 4, Program Pensijilan Jurutera Awam JKR
  10. Road Engineering – Tahap 4, Program Pensijilan Jurutera Awam JKR
  11. Panel Penilai Tahap 4 Jawatankuasa Disiplin Awam bidang kompetensi Maintenance Engineering (Road) dan Road Engineering, surat KPKR bertarikh 10 September 2015.

b) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 1996
  2. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 2004
  3. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 2014
  4. Kurniaan Darjah Kesatria Mangku Negara (K.M.N) pada 9.9.2017
  5. Kurniaan Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P) pada 11.11.2017

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Jawatankuasa Penswastaan Lebuhraya Bertol 2005-2009, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
  2. Jawatankuasa Aktiviti Pelan Integriti BPJ Tahun 2009, Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur.
  3. Pegawai Penyelaras Deraf Jawapan Soalan Parlimen BPJ 2005-2009, Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur.
  4. Jawatankuasa Kajian Kadar Tol Lebuh Raya di Malaysia 2007-2009, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Kuala Lumpur.
  5. Panel Hakim Pertandingan Pidato Sempena Meraikan Pengiktirafan Anugerah Lima Bintang “Sistem Star Rating” KKR, 14 Januari 2009.
  6. Ahli Jawatankuasa Pameran Hari Kualiti Kementerian Kerja Raya pada 4-6 Disember 2007.
  7. Jawatankuasa Enterprise Content and Knowledge Management (ECKM), Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik, JKR.
  8. Jawatankuasa Strategic Planning 2009, Cawangan Kej. Jalan dan Geoteknik, JKR.
  9. Jawatankuasa Kewangan Peringkat PTJ BPJ 2003-2009, Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur.
  10. Ahli Jawatankuasa Kadar Harga bagi Kerja-Kerja Konsesi Selenggara BSFJ (2010-2011), JKR Malaysia.
  11. Wakil Utama Kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Sebagai Ahli Dalam Lembaga Perolehan “A” dan “B” Di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) 2011.
  12. Ahli Jawatankuasa Audit dan Tugas-Tugas Khas, Kelab Golf Negara Subang.
  13. Ahli Jawatankuasa Management Committee 2014/2015, Kelab Golf Negara Subang.
  14. Pengerusi Course & Grounds Committee 2014/2015, Kelab Golf Negara Subang.
  15. Pengerusi, TC02-Road Planning, Road Planning, Road Engineering Associatioan of Malaysia (REAM) tahun 2008-2009.
  16. Pembentangan Kertas kerja - Kertas kerja; 
  • Road Maintenance – Road Design Perspective, Ir Shamsuddin b Sabri, Seminar Peningkatan Kualiti Pelaksanaan Projek Jalan Di Kawasan Berbukit, 4-5 April 2011, PWTC, Kuala Lumpur.
  • Laporan Prestasi Kewangan UPSJ Selatan 2010, Ir. Shamsuddin b Sabri, Mesyuarat BSPN/BSFJ Bil. 3/2010, November 2010, Tasik Kenyir, Terengganu.
  • Bridging Structures For The Penang Second Crossing, Ir. Shamsuddin Sabri, G Yuvabalan, Chen Wai Peng, Somnath Mukerjee  8th Malaysian Road Conference 2010, 10-12 October 2010, Sunway Pyramid Convention Centre, Kuala Lumpur.
  • Risk Management in JKR, Ir. Shamsuddin b Sabri, Mesyuarat Ketua-Ketua Unit BSFJ, 6 Oktober 2010, Kuala Lumpur.
  • Highway Development in Malaysia, Datuk Ir. Ismail b Salleh, Ir. Shamsuddin Sabri, China Road Summit, 6-7 Mei 2009, Shanghai, China.
  • Procedure For Project Development And Implementation, Contributor to Chapter 2 of the Guide To The Privatisation of Tolled Highways In Malaysia, REAAA, June 2008, Presented to HORA Meeting in Tokyo, Japan.
  • Pedestrian Bridges And Subways, Contributor to Chapter 6 of the Draft Guide To Pedestrian Facilities In Malaysia, REAM, Presented to Malaysian Road Conference 2004, 16 August 2004, Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya;
  • Seminar Strategi Program Kajian Keselamatan Jalan Raya, Ir Mohd Shafie Mustafa /Ir Shamsuddin Sabri, Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM), JKR Malaysia, Kajang, 1992.
  • Pembinaan Jambatan Diatas Sg. Perak Jalan Teluk Intan-Lumut, Jalan Persekutuan 5,  Ir Quah Seng Sun/ Shamsuddin Sabri, Cawangan Jalan, Mesyuarat Pegawai Kanan JKR, Shah Alam, 1988.
  • Conference Of Sustainable Earth Resources Engineering 2020 (SERiES2020), Paper titled: Towards Better Contractor Performance To Achieve Sustainable Road Project Development, Ir. Shamsuddin bin Sabri / Mohd Nazri bin Ali / Ir. Mohd Erie Husairrie bin Ismail, April 2020, Putrajaya.
  • 5th International Conference on Sustainable Civil Engineering Structures and Construction Materials (SCESCM 2020), Paper titled: Towards Better Road Contractor Performance, , Ir. Shamsuddin bin Sabri / Mohd Nazri bin Ali / Ir. Mohd Erie Husairrie bin Ismail / Rohayu binti Abd Aziz,   Kuching, Sarawak, August 2020.
  1. Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Dokumen ITP (Inspection and Testing Plan) Cawangan Jalan 2019 - 2020.
  2. Pengerusi Jawatankuasa Standard Kualiti Kerja-kerja Jalan (Infrastar) Cawangan Jalan 2019 - 2020.
  3. Ahli Jawatankuasa Kerja Penyediaan Dokumen BIM Jalanraya.
  4. Ahli Panel Penilai Bagi Projek Infrastruktur Terbaik 2019.
  5. Ahli Majlis Malaysia Asset and Project Management Association (MAPMA).
  6. Pengerusi Mesyuarat Intervensi Projek-projek Cawangan Jalan 2019-2020.
  7. Pengerusi Jawatankuasa Perlantikan Perunding Cawangan Jalan 2019-2020.

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Audit dan Tugas-Tugas Khas, Kelab Golf Negara Subang.
  2. Ahli Jawatankuasa Management Committee 2014/2015, Kelab Golf Negara Subang.
  3. Pengerusi Course & Grounds Committee 2014/2015, Kelab Golf Negara Subang.
  4. Ahli Jawatankuasa Pensijilan dan Akreditasi (FM), The Malaysian Asset and Project Management Association (MAPMA) 2015/2017.
  5. Ahli Majlis Persatuan Pengurusan Projek & Aset Malaysia, MAPMA 2019-2020.
  6. Ahli Jawatankuasa Keahlian, Promosi & Penerbitan, MAPMA 2019-2020.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. HAJI SHAMSUDDIN BIN SABRI dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.