Date: Isnin, Februari 3, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HAJI WAN ABDUL RAHMAN BIN WAN HASSAN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN JALAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 7 Februari 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di JKR Daerah Kemaman, Terengganu pada bulan 6 Oktober 1984. Sepanjang 36tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1987 : Jurutera Awam, JKR Daerah Kemaman, Terengganu
  2. Tahun 1987 - 1997 : Jurutera Bangunan, JKR Daerah Besut, Terengganu
  3. Tahun 1997 - 2004 : Jurutera Jalan, JKR Daerah Besut, Terengganu
  4. Tahun 2004 - 2007 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Besut, Terengganu
  5. Tahun 2007 - 2007 : Pengurus Pembinaan, JKR Terengganu
  6. Tahun 2008 - 2009 : Ketua Pen. Pengarah Bangunan, JKR Kelantan
  7. Tahun 2009 - 2011 : Jurutera Daerah, JKR Jajahan Kota Bharu, Kelantan
  8. Tahun 2011 - 2014 : Pengurus Besar Pembinaan, Cawangan Kerja Pendidikan (Projek UDM Besut)
  9. Tahun 2014 - 2020 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard, Cawangan Jalan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Pegawai Professional bertauliah dengan Practising Certificate (PEPC) dengan Lembaga Jurutera Malaysia
  2. Certified Knowledge manager by KMI International 2017
  3. QLASSIC Qualified Assessor by CIDB 2018

b) Penghargaan dan Pengiktirafan

    APC

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR Negeri Terengganu) Tahun 1995 dan 2005

   Pingat

  • Dikurniakan Pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K) oleh DYMM Sultan Terengganu Tahun 1992
  • Dikurniakan Pingat Jasa Cemerlang (P.J.C) oleh DYMM Sultan Terengganu Tahun 2006

c) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pengerusi Jawatankuasa Induk Pengemaskinian Lukisan Piawai Jalan
  2. Pengerusi Jawatankuasa Pengemaskinian Arahan Teknik Jalan (ATJ 2D/85 ) - Manual On Traffic Control Devices: Road marking and Delineation
  3. Pengerusi Jawatankuasa Pengemaskinian Arahan Teknik Jalan (ATJ 2E/87) - Manual On Traffic Control Devices:Guide Signs And Design Application
  4. Pengerusi Jawatankuasa Pengemaskinian Arahan Teknik Jalan (ATJ 2C/85) - Manual On Traffic Control    Devices: Temporary Sign And Work Zone Control
  5. Pengerusi Jawatankuasa Spesifikasi Baru Piawai Jalan SPJ Section 19 – Traffic Management at Work Zones
  6. Pengerusi Pengemaskinian Nota Teknik Jalan (NTJ 26/08) - An Interim Guide On Standard Bill Of Quantities
  7. Ahli jawatankuasa Penerbitan Buku Road Facts 2017 Cawangan Jalan
  8. Ahli Jawatankuasa Pembangunan Inspection and Testing Plan (ITP Versi 2) 2015 JKR Malaysia
  9. Ahli Jawatankuasa Specifications For Occupational Safety And Health In Engineering Construction Works 2019  and Bill Of Quantities For Occupational Safety And Health In Engineering Construction Works
  10. Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Pemantauan Ilmu  (JKPPPI) Kerjaraya mewakili cawangan Jalan
  11. Ahli Jawatankuasa Kelulusan bahan bagi kerja-kerja Jalan JKR -LLM  Malaysia
  12. Ahli Jawatankuasa Pembangunan Standard Industri Binaan JKR Malaysia
  13. Ahli Jawatankuasa bahan Lestari JKR Malaysia
  14. Wakil tetap KPKR Ahli Jawatankuasa Perolehan B, CIDB

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Highway and Transportation Engineering Technical Division (HTETD) Institusi Jurutera Malaysia (IEM)
  2. Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Lembaga Amanah Wakaf Sek. Men Agama Persekutuan Kajang

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. HAJI WAN ABDUL RAHMAN BIN WAN HASSAN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.