Date: Rabu, March 11, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HAJI YAAKOB BIN ABDUL LATIF, PENGARAH KANAN CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 25 Mac 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Elektrik pada September 1983 di Cawangan Kerja Tentera, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1984 : Jurutera Elektrik, Cawangan Kerja Tentera, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  2. Tahun 1984 - 1991 : Jurutera Elektrik, Bahagian Kerja Tentera, JKR Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
  3. Tahun 1991 - 1998 : Ketua Jurutera Elektrik Negeri, JKR Negeri Perlis
  4. Tahun 1998 - 2006 : Ketua Jurutera Elektrik Negeri, JKR Negeri Melaka
  5. Tahun 2006-2016 : Jurutera Elektrik Kanan/ Penguasa/ Penguasa Kanan, Cawangan Pengurusan Projek Kompleks/ Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu
  6. Tahun 2006 - 2019 : Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR 
  7. Tahun 2019 - 2020 : Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 1988 - WP KL
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 1996 - Perlis
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2000 - Melaka
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2008 - CPPK
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2014 - CPAB

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia
  2. Professional Engineer with Practising Certificate (PEPC)
  3. Berdaftar dengan ASEAN Chartered Professional Engineers (ACPE)
  4. Senior Registered Project Manager (SRPM)
  5. Certified Competency Based Assessment System (CBAS) Assessor

c) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Penggubal JKR Strategik Framework 2006-2011, 2012-2015 dan 2016-2020
  2. Penggubal Pengurusan Risiko Projek (Project risk Management) dan Pengurusan Risiko Organisasi (Enterprise Risk Management) JKR Malaysia
  3. Pereka Automated Risk Management System (ARMS) – anugerah SILVER dalam ITEX 2014
  4. Ahli Jawatankuasa dan Penceramah/ Pemeriksa Bidang Pengurusan Risiko Projek dalam Program Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu anjuran INTAN 2015-2019
  5. Pengerusi Ahli Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Kerja Raya 2019
  6. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal ICT JKR Malaysia 2019-2020
  7. Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Perunding Cawangan Kejuruteraan Elektrik 2019-2020
  8. Panel temuduga penilaian Subject Matter Expert (SME) JKR Malaysia 2019
  9. Panel temuduga kenaikan pangkat Jurutera Elektrik J54 tahun 2019

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Majlis dan Pemeriksa Kira-Kira Malaysian Asset & Project Management Association (MAPMA)
  2. Ahli Korporat Australian Institute of Project Management Association (AIPM)
  3. Penceramah Kursus Pengurusan Projek dan Pengurusan Risiko di institut dan agensi luar
  4. Penilai (Assessor) Program Pensijilan Pengurus Projek Bertauliah ( CBAS PM Certification Program) bagi Jabatan Pengairan Saliran dan PBLT Sdn Bhd.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. HAJI YAAKOB BIN ABDUL LATIF dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.