Date: Isnin, Februari 17, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HAJI ZULKIFLY BIN A. GHANI, PENGARAH CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN yang menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 18 Februari 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Jalan pada 27 Ogos 1984 di Bahagian Jalan, JKR Pahang. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1984 : Jurutera Jalan, Bahagian Jalan, JKR Pahang
  2. Tahun 1984 - 1986 : Jurutera Projek Jalan, JKR Daerah Lipis, Pahang
  3. Tahun 1986 - 1990 : Jurutera Jalan, JKR Pahang
  4. Tahun 1990 - 1994 : Jurutera Bangunan, JKR Terengganu
  5. Tahun 1994 - 1998 : Jurutera Jalan, JKR Daerah Kuala Terengganu
  6. Tahun 2004 - 2007 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Kemaman, Terengganu
  7. Tahun 2007 - 2010 : Pengarah, Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT)
  8. Tahun 2010 - 2014 : Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT2)
  9. Tahun 2015 - 2017 : Ketua Penolong Pengarah Kanan Pembinaan, Cawangan Jalan
  10. Tahun 2017 - 2018 : Pengarah, JKR Melaka
  11. Tahun 2018 - 2020 : Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Negeri Terengganu – 1998
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Negeri Terengganu – 2002
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Negeri Terengganu – 2008
  4. Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Negeri Terengganu - 1998
  5. Darjah Seri Melaka (DSM) – 2018

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Lembaga Jurutera Malaysia (Jurutera Profesional – Ir.)

c) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pengkhususan:
  • Pengurusan Projek – 20 tahun
  • Pengurusan Aset – 5 tahun
  • Pengurusan Reka Bentuk – 3 tahun
  • Khidmat Nasihat Teknikal – 5 tahun
  • Pinjaman/Kader – 3 tahun

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. HAJI ZULKIFLY BIN A. GHANI dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.