Date: Jumaat, April 5, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HAJJAH NAJAHD BINTI ZAINAL ABIDIN, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK 1, CAWANGAN KERJA KESELAMATAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 7 April 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Penolong Jurutera di Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 17 Oktober 1979. Sepanjang 39 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1979 - 1990         : Penolong Jurutera Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR

2) Tahun 1990 – 2003        : Jurutera Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR           

3) Tahun 2003 – 2004        : Jurutera Elektrik, Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat JKR

4) Tahun 2004 – 2009        : Jurutera Elektrik Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR

5) Tahun 2009 – 2011        : Jurutera Elektrik Penguasa, Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR

6) Tahun 2011 – 2012        : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR

7) Tahun 2012 – 2019       : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 2006 dan 2017
2. Sijil Khidmat Cemerlang JKR Tahun 1996

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia
2. Professional Engineer with Practising Certificate (PEPC)

c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Jawatankuasa Lembaga Perolehan A dan B, Kementerian Dalam Negeri
2. Jawatankuasa Konvensyen Binaan 2015 (KUBINA 2015)
3. Jawatankuasa Pengubal JKR Strategik Framework 2012/2015
4. Mentor bagi Program Pementoran Jabatan Kerja Raya Tahun 2014
5. Jawatankuasa Pemudahcara Skim Penarafan Hijau JKR (pH JKR) Tahun 2012/2013
6. Pengerusi Jawatankuasa ICT/WEB Cawangan Kerja Keselamatan Tahun 2013 sehingga kini.
7. Jawatankuasa Sistem Pengurusan Bersepadu SPB JKR CKE (SPK, EMS, OHSAS) JKR
8. Panel temuduga Jurutera/Arkitek/Juruukur Bahan Gred J41 Lantikan Secara Lantikan Contract For Service Tahun 2008
9. Audit committee to the JKR award for the best managed project, 2005-2007
10. Jawatankuasa kerja Penyediaan Panduan Teknik Kerja Elektrik , 2006
11. Jawatankuasa kerja penyediaan SPK JKR ISO 9000:2000  JKR Malaysia, 2003-2005

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Jawatankuasa Konvensyen Usahanita Binaan (KUBINA) 2017

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar Ir. HAJJAH NAJAHD BINTI ZAINAL ABIDIN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.