Date: Isnin, Januari 20, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HASNAN BIN AB HAMID, PENGARAH UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU), JABATAN PERDANA MENTERI yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 21 Januari 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur pada 1 September 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1986 : Jurutera Jalan, JKR Kelantan
  2. Tahun 1986 - 1988 : Jurutera Kerja, JKR Timur Barat, Gerik, Perak
  3. Tahun 1988 - 1994 : Jurutera Kerja, JKR Kem Terendak, Melaka
  4. Tahun 1994 - 1996 : Penolong Pengarah Jalan, Ibu Pejabat JKR Melaka
  5. Tahun 1996 - 1999 : Jurutera Daerah, JKR Seremban, Negeri Sembilan
  6. Tahun 1999 - 2003 : Jurutera Awam Rekabentuk, Unit Kejuruteraan Awan, Ibu Pejabat JKR
  7. Tahun 2003 - 2008 : Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am, JKR
  8. Tahun 2008 - 2012 : Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pengurusan Korporat
  9. Tahun 2012 - 2016 : KPPK Senggara, JKR WP Putrajaya
  10. Tahun 2016 - 2020 : Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011
  2. Pingat Johan Mahkota Wilayan (J.M.W) oleh DYMM SPB YDA XIII Tahun 2015
  3. Pingat Kesatria Mangku Negara (K.M.N) oleh DYMM SPB YDA XV Tahun 2017

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Jurutera Profesional – Lembaga Jurutera Malaysia 

c) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Kertas – Pematuhan Pelaksanaan IBS Dalam Projek-Projek Kerajaan, Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Penguatkuasaan IBS Bil. 1/2017
  2. Kertas - Tindakan Susulan Bagi Sesi Reboot Pelan Pemulihan Projek-Projek Bermasalah, Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU JPM
  3. Kertas- Roadshow Pelaksanaan Garis Panduan Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan Bil. 1 Tahun 2016 (Zon Tengah, Selatan, Utara, Timur)
  4. Jawatankuasa Persediaan Festival LAMPU Putrajaya
  5. Jawatankuasa Penyediaan Garis Panduan Pentadbiran Kontrak FM
  6. Jawatankuasa Teknikal Life Cycle Costing (TC-LCC)
  7. Jawatankuasa CITP Initiative Working Group On Quality
  8. Jawatankuasa Saringan Kontraktor Penyiap (JSKP)
  9. Jawatankuasa Pelantikan Perunding JKR
  10. Jawatankuasa Projek Sakit JKR
  11. Jawatankuasa Pemandu Pembangunan dan Pelaksanaan SPPIII ICU JPM
  12. Pengerusi Majlis Tindakan Kader JKR
  13. Ahli Jawatankuasa Amalan Ikhtisas, Lembaga Jurutera Malaysia 2018-2019
  14. Subject Matter Expert (SME) Buddy, Thrust Output KPI CITP (CIDB)

c) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli MBJ-JKR Putrajaya – Wakil Majikan
  2. Ahli Persatuan Penduduk Anjung Suasana, Bandar Seri Putra
  3. Ahli Institisi Jurutera Malaysia

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. HASNAN BIN AB HAMID dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.