Date: Jumaat, Ogos 14, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. HIZAMUL-DIN BIN AB. RAHMAN, PENGARAH PASUKAN PROJEK KHAS BEKALAN ELEKTRIK SABAH, KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 17 OGOS 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Elektrik di Cawangan Elektrik, JKR pada 23 April 1985. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1985 - 1994 : Jurutera Elektrik, Cawangan Elektrik, JKR
  2. Tahun 1994 - 1997 : Jurutera Tempatan, Unit Projek Hospital UKM, Kuala Lumpur
  3. Tahun 1997 - 2002 : Jurutera Elektrik Kanan, Cawangan Elektrik, JKR  
  4. Tahun 2003 - 2004 : Penolong Pengarah Kanan Elektrik, Unit Turnkey, Cawangan Kerja Kesihatan
  5. Tahun 2004 - 2006 : Penolong Pengarah Kanan Elektrik, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  6. Tahun 2006 - 2009 : Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Projek Kompleks, JKR
  7. Tahun 2009 - 2011 : Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pengurusan Projek Kompleks, JKR
  8. Tahun 2011 - 2013 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Projek Kompleks, JKR
  9. Tahun 2013 -2018 : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR
  10. Tahun 2018-2020 : Pengarah, Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Penghargaan dan Pengiktirafan;

  1. Dikurniakan Pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh DYMM SPB YDA XIII Tahun 2015
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, JKR Tahun 2009
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, JKR Tahun 1994
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, JKR Tahun 1992
  5. Sijil Khidmat Cemerlang, JKR Tahun1991          

b) Kelayakan Profesional dan Kekompetenan;

  1. Professional Engineer with Practicing Certificate (PEPC) (Board of Engineers Malaysia)  
  2. ASEAN Charted Professional Engineer (ACPE)     
  3. Certified Registered Project Manager (RPM level 5) (JKR)
  4. Certified Construction Project Manager (CIDB)
  5. Certified Practicing Project Manager (CPPM) with Australian Institute of Project Management (AIPM)  
  6. Certified Assessor for Competency Based Workplace Assessments (JKR/ AIPM)

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Dari Jun 2009 hingga Mei 2020, juga berkhidmat sebagai Pendaftar, Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) atas lantikan oleh Menteri Kerjaraya Malaysia bagi tujuan menjalankan tugas dan peranan sebagaimana termaktub dalam Akta Pendaftaran Jurutera 1967
  2. Mewakili Malaysia/ LJM ke mesyuarat ASEAN Chartered Professional Engineer Coordinating Committee (ACPECC) (2010 -2020)
  3. Ahli Jawatankuasa Malaysia National Acreditation Council (MyNAC), Jabatan Standard Malaysia (2012 -2020)
  4. Assessor bagi Certification Registered Project Manager (2009 – 2020)
  5. Subject Matter Expert Project Management for JKR Community of Practice (J-CoP) (since 2009)
  6. Pengerusi Jawatankuasa penambahbaikan Spesifikasi  Kerja Elektrik (LS3 dan LS4)
  7. Jawatankuasa Audit Siasatan keruntuhan Stadium Terengganu, Projek Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu Kelantan, Projek Universiti Malaysia Sabah (2006) dan Projek Hospital Serdang (2006)
  8. Lecturer and trainer for ‘Project Health Check’ Practitioner since 2009 and ‘Gerbang Nilai’ (Gateway) Reviewer since 2011
  9. Lecture on ‘ Project Management’ for the Project Management Competency Courses for JKR Professionals since 2008
  10. Lecture and facilitate on the ‘facilitation skill (soft skill)’ for the Project Management Competency Courses for the JKR Professionals since 2008
  11. Pengubal dan pemeriksa kertas Project Management bagi Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) semenjak 2007
  12. Lecture on ‘Project Management’ for Engineers, Technical Assistants and Technicians preparing for Penilaian Tahap Kecekapan(PTK) since 2007
  13. Lecture on “Electrical Maintenance’ and “Electrical Design’ for Engineers, Technical Assistants and Technicians preparing for PTK
  14. Lecture on “Electrical Installation” for Course on Technical Enhancement for JKR Professional

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi;

  1. Bendahari Malaysian Asset and Project Management Association (MAPMA) (2008-2010)
  2. Jawatankuasa Accreditation Committee MAPMA (2011-2015)
  3. Corporate Member Australian Institute Project Management (AIPM)
  4. Ahli Persatuan Profesional JKR

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan  Ir. HIZAMUL-DIN BIN AB. RAHMAN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.