Date: Jumaat, Jun 21, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti IR. HJ. NIK BURHANUDDIN BIN NIK YUSOFF, PENGURUS BESAR KANAN PEMBINAAN, UNIT PROJEK KHAS ZON TIMUR 1, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 25 Jun 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya pada 17 September 1984. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;


1) Tahun 1984 - 1986    : Jurutera Awam, Bahagian Perancang Jalan, kementerian Kerja Raya

2) Tahun 1986 – 1988        : Jurutera Awam, JKR Negeri Kelantan

3) Tahun 1988 – 1997        : Jurutera Jalan, JKR Jajahan Kota Bharu, Kelantan

4) Tahun 1997 – 2004   : Jurutera Jajahan Pasir Mas, Kelantan

5) Tahun 2004 – 2008        : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

6) Tahun 2008 – 2014        : Pengarah, Unit JKR KESEDAR

7) Tahun 2014                     : Jurutera Awam Penguasa, Pengurusan Korporat, JKR Negeri Kelantan

8) Tahun 2014 – 2015        : Pengurus Besar Pembinaan, Pasukan Projek ECER, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

9) Tahun 2015 – 2019        : Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Unit Projek Khas Zon Timur 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia


Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;
 

a) Anugerah dan Pengiktirafan
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1995 ( JKR Negeri Kelantan)
2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 ( Cawangan Jalan)
3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 (Cawangan Jalan)
4. Ahli Setia Mahkota Kelantan (A.S.K) oleh DYMM Al-Sultan Kelantan Tahun 2000
5. Bentara Setia Mahkota Kelantan(B.S.K) oleh DYMM Al-Sultan Kelantan Tahun 2010
6. Anugerah Pengurusan Pembinaan Terbaik JKR 2011, Ketegori Projek Secara Konvensional Bangunan ( Kurang dari 20 juta).
7. Anugerah Pengurusan Projek Terbaik JKR 2013, Ketegori Projek Rekabina/Turnkey Projek Bangunan/ Infrastructure.
8. The Best Project Award (Infrastructure Project- Medium) The Malaysian Construction Industry Excellence Awards 2013.
9. Anugerah Khas Kecermerlangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar 2013
10. Anugerah Pengurus Besar Kesedar 2010.

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan, Lembaga Jurutera Malaysia

c)  Lain-lain kelayakan kekompetenan seperti berikut;
1. Registered Program Director, RPD ( Reg No. M0040/15)

d) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. AJK Menyemak dan Menggubal Semula Standard Specification For Road Works (JKR/SPJ/88) Section 4: Flexible Pavement (2005)
2. Pegawai Integriti JKR Kelantan Tahun 2014
3. Ficilitator Bengkel Penyediaan Pelan Pengurusan Risiko Projek (2010-2014)
4. AJK Penyediaan Dokumen ‘Standard Operation Procedure (SOP)’ Cawangan Jalan, JKR Malaysia (2018).
5. AJK Penyediaan Dokumen Pelan Pemeriksaan dan Ujian (ITP) bagi Projek Jalan (2019) 

e) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. AJK MAKSAK KELANTAN (1990-2005)
2. YDP KELAB SUKAN JKR KESEDAR (2008-2014)
3. TYDP MAJLIS SUKAN JKR KELANTAN (2014)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar IR. HJ. NIK BURHANUDDIN BIN NIK YUSOFF dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.