Date: Jumaat, Ogos 7, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. IBTISHAM BIN L. SALEH, TIMBALAN PENGARAH JKR WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 9 OGOS 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di JKR Negeri Perlis pada 1 Oktober 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1990 : Jurutera Awam, JKR Negeri Perlis
  2. Tahun 1990 - 1993 : Penolong Pengarah (Bangunan), JKR Negeri Perlis
  3. Tahun 1993 - 2001 : Jurutera Daerah, JKR Jajahan Bachok, Kelantan
  4. Tahun 2001 - 2007 : Penolong Pengarah Kanan, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
  5. Tahun 2007 - 2011 : Ketua Penolong Pengarah, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
  6. Tahun 2012 - 2015 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pendidikan & Pengajian Tinggi, IP JKR
  7. Tahun 2015 - 2018 : Ketua Jurutera,  Kompleks Parlimen Malaysia
  8. Tahun 2018 - 2020 : Timbalan Pengarah, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR Negeri Perlis) 1993
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR Cawangan Pendidikan & Pengajian Tinggi) 2014
  3. Sijil Perkhidmatan Terpuji (Parlimen Malaysia) 2016
  4. Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Peringkat 4 Aras 4
  5. Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Peringkat 5 Aras 4
  6. Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Peringkat 6 Aras 3
  7. Calon Laluan Pantas Kemajuan Kerjaya (Fast Track Career Development) JKR 2017

b) Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Jurutera Berdaftar - Institution of Engineers Malaysia, IEM (Institusi Jurutera Malaysia) 
  2. Jurutera Profesional - Board of Engineers Malaysia, BEM (Lembaga Jurutera Malaysia)

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Ketua Sistem Audit (KSA) JKR WP Putrajaya
  2. Ahli J/kuasa PEMANDU Projek ICT Parlimen Malaysia
  3. Ahli J/kuasa Tindakan Pembangunan JPM
  4. Ahli J/kuasa Perolehan Parlimen Malaysia
  5. Ahli J/kuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun
  6. Ahli J/kuasa Majlis Bersama Jabatan Parlimen Malaysia
  7. Ahli J/kuasa Latihan Parlimen Malaysia
  8. Pengerusi J/kuasa Kemudahan dan ICT AIPA 2015
  9. Pengerusi J/kuasa Kemudahan dan ICT CSPOC 2016
  10. Wakil utama kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia sebagai Ahli dalam Lembaga Perolehan ‘A’ dan ‘B’ di Jabatan Perdana Menteri
  11. Pengajar Pengurusan Fasiliti di JKR WP Putrajaya dan BSFL Parlimen Malaysia

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi;

  1. Forum Bandar Hijau Karbon Rendah Putrajaya (2019)
  2. Mewakili JKR WP Putrajaya sebagai ketua Kontinjen bagi Sukan JKR Se-Malaysia (2019)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan  Ir. IBTISHAM BIN L. SALEH dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.