Date: Isnin, Ogos 1, 2016

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir.Kamalaldin bin Abd. Latif, Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, yang bersara sebagai penjawat awam pada 1 Ogos 2016.

Beliau telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 1 Ogos 1980. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 36 tahun, beliau telah berkhidmat di beberapa tempat, antaranya Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Pasukan Projek LPT dan JKR Terengganu.

Beliau telah mencurahkan, jasa dan bakti yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dirahmati Allah Taala.