Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. KANAGARAJAH RASIAH, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 2 yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 29 Oktober 2019.
Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Unit JKR Dara pada 20 Jun 1983. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
- Tahun 1983 - 1991 : Jurutera Awam, Unit JKR Dara
- Tahun 1991 - 1997 : Jurutera Awam, Caw. Bekalan Air
- Tahun 1997 - 1999 : Jurutera Awam, California State U, Sacramento
- Tahun 1999 - 2002 : Jurutera Awam Kanan, Caw. Struktur & Kejuruteraan Pakar
- Tahun 2002 - 2007 : Jurutera Awam Kanan, Projek Matrade, Caw. Arkitek
- Tahun 2007 - 2012 : Jurutera Awam Penguasa, Caw. Kejuruteraan Awam, Struktur & Jambatan
- Tahun 2012 - 2015 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Caw. Kejuruteraan Awam & Struktur
- Tahun 2015 - 2018 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik
- Tahun 2018 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 2
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2005. Beliau juga berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Profesional dan Member of Instituition of Engineer’s Malaysia (M.I.E.M).
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. KANAGARAJAH RASIAH dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.
- 1493 bacaan