Date: Jumaat, Mei 31, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti IR. LAI KHIN ONN, PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK KOMPLEKS, CAWANGAN PENGURUSAN ASET BERSEPADU, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Jun 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Seksyen Rekabentuk, Unit JKR DARA pada 23 Ogos 1983. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1983 - 1991         : Jurutera Awam, Seksyen Rekabentuk, Unit JKR DARA, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

2) Tahun 1991 – 2001        : Jurutera Awam, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

3) Tahun 2001 – 2004        : Jurutera Awam, Bahagian Jalan, JKR Selangor

4) Tahun 2004 – 2017        : Jurutera Awam Kanan, Jurutera Awam Penguasa, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

5) Tahun 2017 – 2018        : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan,  Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia

6) Tahun 2018 – 2019        : Pengarah (M),  Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dan Pengiktirafan
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC); Tahun 2002, 2008 dan 2014

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia

c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
Kertas Teknikal

1. Pavement Appraisal and Management Suite. 8th REAAA Conference, Taipei, Taiwan. 1995.
2. A Slope Management System for Prioritisation of Cut and Fill Slopes in Malaysia. 10th REAAA Conference. Japan. 1999.
3. Slope Management Systems in JKR. 4th Malaysian Road Conference, Kuala Lumpur, Malaysia. 2000.
4. Pavement Data Collection Strategy for JKR Malaysia. 20th ARRB Conference, Melbourne, Australia. 2001.
5. Maintenance Management of Federal Roads in the State of Selangor, Malaysia. 21st ARRB Conference. Australia. 2003.

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Pengerusi Jawatankuasa Kecil Persidangan Road Engineering Association Malaysia
2. AJK Kewangan Gereja Katolik Shah Alam, Selangor

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar IR. LAI KHIN ONN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.