Date: Jumaat, Februari 7, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. LAI LIANG KOONG, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, JKR WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 8 Februari 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Jalan di JKR Daerah Sepang, Selangor pada bulan 15 Mac 1990. Sepanjang 30 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1990 - 1997 : Jurutera Awam, JKR Daerah Sepang, Selangor
  2. Tahun 1997 - 1998 : Jurutera Bangunan, JKR Daerah Sepang, Selangor
  3. Tahun 1999 : Jurutera Bangunan, JKR Daerah Alor Gajah, Melaka
  4. Tahun 2000 - 2005 : Jurutera Tempatan, Cawangan Bangunan (Pusat Pengukuran Metrologi Kebangsaan SIRIM)
  5. Tahun 2005 - 2008 : Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan (Kem TUDM Subang)
  6. Tahun 2008 : Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Senggara
  7. Tahun 2008 - 2009 : Ketua Penolong Pengarah, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  8. Tahun 2009 - 2016 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan
  9. Tahun 2016 - 2020 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, JKR WP Putrajaya

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Pegawai Professional bertauliah dengan Practising Certificate (PEPC) dengan Lembaga Jurutera Malaysia
  2. Ahli Professional IEM (Institute Engineer Malaysia)
  3. QP - Certificate MyCREST Qualified Professional
  4. Assesor - Certificate MyCREST Qualified Assesor

b) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR Selangor) - 2004
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) - 2009
  3. Anugerah Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Pekerti Terpilih (PPT) Negeri Selangor - 2003
  4. Anugerah Darjah Keempat Ahli Mahkota Kedah (AMK) - 2012

c) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ketua pasukan dan pemain skuad ping pong untuk mewakili JKR WP Putrajaya di dalam sukan JKR seMalaysia 2017 di Terengganu
  2. Ahli jawatankuasa bertindak lampu fasad JKR WP Putrajaya sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018
  3. Ahli jawatankuasa pengurusan prestasi aktiviti (APMC) JKR WP Putrajaya bagi OB
  4. Ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan JKR WP Putrajaya (2019 - 2020)
  5. Membimbing aktiviti mendapatkan pensijilan MyCREST bagi 2 buah bangunan Lot 3g3 dan 4G11 sebagai Qualified Professional dan Assesor
  6. Ketua Pasukan Audit Penilai bagi penarafan building performance assessment (BPA)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. LAI LIANG KOONG dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.