Date: Jumaat, Jun 12, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. MAT NASIR BIN KARI, PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESELAMATAN, MAJLIS KESELAMATAN NEGARA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 13 JUN 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Elektrik di Cawangan Elektrik, Ibu Pejabat JKR pada 6 Mei 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1984 : Jurutera Elektrik, Cawangan Elektrik, Ibu Pejabat JKR
  2. Tahun 1984 - 1995 : Jurutera Elektrik, Unit JKR Kelantan Selatan (KESEDAR)
  3. Tahun 1995 - 1999 : Jurutera Elektrik, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Kota Bharu, Kelantan
  4. Tahun 1999 - 2004 : Jurutera Elektrik, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Pertanian
  5. Tahun 2004 - 2004 : Jurutera Elektrik Kanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  6. Tahun 2004 - 2006 : Jurutera Elektrik Kanan, Projek Tebatan Banjir Kuala Lumpur (SMART), JPS
  7. Tahun 2006 - 2007 : Jurutera Elektrik Kanan, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  8. Tahun 2007 - 2008 : Jurutera Elektrik Penguasa, JPS, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  9. Tahun 2008 - 2014 : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Selangor
  10. Tahun 2014 - 2020 : Pengarah, Bahagian Pembangunan Keselamatan, Majlis Keselamatan Negara

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Inovasi Britsh Invention Show Barbican London 
  2. Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor
  3. Anugerah Inovasi Sektor Awam JKR Malaysia
  4. Pingat KMN - Kesatria Mangku Negara (2016)
  5. Pingat AMS - Ahli Mahkota Setia Selangor (2014)
  6. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, JPS Tahun 2009
  7. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, JKR Selangor Tahun 2012
  8. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Majlis Keselamatan Negara Tahun 2015

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan;

  1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga
  2. Jurutera Perkhidmatan Elektrik
  3. Pengurus Tenaga

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Ahli Jawatankuasa Institusi Jurutera Malaysia (IEM), (Training Board Member)
  2. Principle Interview Profesional Engineer (IEM-BEM)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. MAT NASIR BIN KARI dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.