Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. MAT ROSLY BIN MAT DAUD, SETIAUSAHA BAHAGIAN PERANCANG JALAN, KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 8 SEPTEMBER 2020.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Cawangan Pangkalan Udara & Maritim, Jabatan Kerja Raya pada 11 Februari 1984. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
- Tahun 1984 - 2012 : Jurutera Awam, Cawangan Pangkalan Udara & Maritim, IP JKR
- Tahun 2013 - 2016 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, IP JKR
- Tahun 2016 - 2018 : Pengarah, Pasukan Projek Khas, Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex, Johor
- Tahun 2018 - 2018 : Pengarah, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, IP JKR
- Tahun 2018 - 2020 : Setiausaha Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya Malaysia
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;
a) Anugerah dan Pengiktirafan;
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1989
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1991
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2002
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014
b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan;
- Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan (Professional Engineer with Practicing Certificate)
- Berdaftar dengan JKR sebagai Pengurus Projek Berdaftar Kanan (Senior Registered Project Manager)
- Mencapai Tahap 4 bagi Airport Engineering Competency Level, JKR
- Post Graduate Diploma in Translation, Dewan Bahasa & Pustaka
- Certificate in Civil Aviation Management, Singapore Aviation Academy
c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;
- Menganggotai Misi Khas Malaysia ke Maldives untuk menentukan bentuk bantuan yang boleh diberikan selepas negara tersebut dilanda bencana ombak besar (1989)
- Menganggotai Pasukan Khas untuk memilih tapak baharu bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
- Menganggotai Pasukan Khas untuk memilih tapak bagi Lapangan Terbang Mulu, Sarawak
- Menganggotai Pasukan Khas untuk berunding dengan International Civil Aviation Organisation (ICAO) bagi menetapkan piawaian, menentukan projek perintis, dan penjadualan pelaksanaan projek untuk menaiktaraf sistem pengurusan trafik udara Malaysia dari ground-based systems kepada satellite-based systems
- Ahli Jawatankuasa Khas yang dibentuk di Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menetapkan kurikulum bagi kursus Ijazah Kejuruteraan di Kolej-Kolej Komuniti
- Ahli Jawatankuasa Technical bagi SIRIM/ Jabatan Standards Malaysia untuk menyediakan Malaysian Standards for Concrete and Concrete Products
- Ahli Jawatankuasa Perolehan Perunding bagi Lembaga Pelabuhan Klang (2013 – 2016)
- Ahli Jawatankuasa Perolehan Perunding bagi PLANMalaysia (2013 – 2016)
- Ahli Lembaga Perolehan A bagi Lembaga Getah Malaysia (2016 – 2019)
- Ahli Scientific & Economic Advisory Council Lembaga Getah Malaysia (2016 – 2019)
- Ahli Pasukan Kajian Khas bagi KLIA2 (2015 – 2016)
- Ahli Jawatankuasa untuk menyediakan Intelligent Transport System Blueprint 2019 – 2024
- Ahli Jawatankuasa untuk menyediakan National Construction Policy 2020
- Ahli Jawatankuasa untuk menyediakan National Highway & Road Construction Policy 2020
- Ahli Jawatankuasa untuk menyediakan Highway Network Development Plan 2030
- Ahli PIARC Technical Committee on Planning Road Infrastructure & Transport to Economic & Social Development (2020 – 2021)
d) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi;
- Ahli (Seumur Hidup) Persatuan Penterjemah Malaysia
- Ahli Bersekutu Malaysia Air Traffic Controllers’ Association (MATCA)
- Ahli Road Engineers Association of Malaysia (REAM)
- Ahli Intelligent Transport System Association of Malaysia (ITSM)
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. MAT ROSLY BIN MAT DAUD dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.
Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.
- 1994 bacaan