Date: Selasa, Ogos 25, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. MOHD HIZAM BIN HARUN, JURUTERA AWAM GRED KHAS C, PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE) yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 26 OGOS 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Cawangan Bekalan Air pada 11 September 1984. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1985 : Jurutera Awam, Cawangan Bekalan Air
  2. Tahun 1985 - 1992 : Jurutera Awam, JKR Daerah Temerloh, Pahang
  3. Tahun 1992 - 1995 : Jurutera Awam, ILP JKR Pavemen
  4. Tahun 1995 - 1999 : Jurutera Awam, Projek Landasan KLIA
  5. Tahun 1999 - 2000 : Jurutera Awam, Cawangan Jalan
  6. Tahun 2000 - 2006 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Perancangan
  7. Tahun 2006 - 2007 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Pengurusan Korporat
  8. Tahun 2007 - 2008 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Pakar dan Kejuruteraan Awam
  9. Tahun 2008 - 2018 : Jurutera Awam Penguasa/ Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
  10. Tahun 2018 - 2020 : Jurutera Awam Gred Khas C, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2007
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2011
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2016

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan   Ir. MOHD HIZAM BIN HARUN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.