Date: Jumaat, Ogos 7, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. MOHD RAHIM BIN KAWANGIT, PENGARAH KANAN, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 10 OGOS 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Rekabentuk Sivil & Struktur di Cawangan Perubatan & Kesihatan pada 14 September 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1993 : Jurutera Rekabentuk Sivil & Struktur, Cawangan Perubatan & Kesihatan
  2. Tahun 1993 - 2001 : Timbalan Pengarah, JKR Negeri Perlis
  3. Tahun 2001 - 2004 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Kota Tinggi, Johor
  4. Tahun 2004 - 2005 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Johor Bahru, Johor
  5. Tahun 2005 - 2007 : Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Arkitek
  6. Tahun 2007 - 2011 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur & Jambatan
  7. Tahun 2011 - 2015 : Pegawai Khas Kepada TKPKR (Sektor Bisnes), Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya 
  8. Tahun 2015 - 2015 : Pegawai Khas Kepada TKPKR (Sektor Infra), Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya 
  9. Tahun 2015 - 2016 : Pegawai Khas Kepada KPKR, Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya
  10. Tahun 2016 - 2018 : Pengarah, Bah. Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu, IP JKR
  11. Tahun 2018 - 2019 : Pengarah, Cawangan Kerja Kesihatan, IP JKR
  12. Tahun 2019 - 2020 : Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, IP JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Anugerah Darjah Ahli Mahkota Perlis As-Safi IV (AMP), Tahun 1995 oleh Raja Perlis
  2. Pingat Jubli Emas (PJE) DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis, 1995
  3. Tauliah pangkat KAPTEN oleh DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong dalam Askar Wataniah, 13 Ogos 1997
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 1994, 1999, 2006, 2011, 2018

b) Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Registered Member of The Institution of Engineers Malaysia. (MIEM)
  2. Professional Engineer (P.E) in Civil with Board of Engineer Malaysia 
  3. Certified Master Project Director (MPD) – (JKR Competency Standards for Project Management) ,2009
  4. Certified  ISO 9001 QMS Lead Auditor-IRCA , 2007
  5. Certified CPM Auditor - 2003
  6. Certified Assessor for Competency Based Workplace Assessments – JKR/SMEC, 2010

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Ahli Panel Penggubalan Sukatan PTK JKR Malaysia
  2. Penggubal soalan dan Pemeriksa  Kertas bagi Kursus PTK JKR Malaysia subjek Pengurusan Projek BAGI Kumpulan Pengurusan & Professional dan Sokongan
  3. Penceramah bagi Kursus Pengurusan Projek anjuran Bahagian Latihan & Penyelidekan JKR dan INTAN
  4. Ahli Jawatankuasa Spesifikasi Piawai Untuk Kerja-Kerja bangunan (Versi Bahasa Melayu)
  5. Wakil kepada Ketua Pengarah Kerja Raya bagi Jawatankuasa Kerja (WG) untuk semakan semula Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984)
  6. Wakil Utama Jawatankuasa Teknikal Penyediaan STANDARD MALAYSIA bagi SEWERAGE
  7. Wakil kepada Ketua Pengarah Kerja Raya bagi Lembaga Perolehan Pusat Perubatan Universiti Malaya
  8. Ketua Pasukan Audit untuk Perlaksanaan Audit Dalaman SPK JKR MS 9000
  9. ‘Assessor’ bagi calon-calon Pengurus Projek JKR - 2010 hingga sekarang
  10. ‘Assessor’ bagi ‘Trainee Assessor’ CBAS JKR - 2013 hingga sekarang
  11. Wakil Utama Ahli Jawatan Kuasa Rundingan Teknikal & Kewangan di Kementerian Dalam Negeri, 2007 – 2009
  12. Ahli Jawatankuasa Problem Solving Governance (PSG) Peringkat TKPKR
  13. Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan Risiko Organisasi (ERM) JKR
  14. Ahli Jawatankuasa Operasi Pengurusan Risiko CPAB
  15. Moderator Seminar Pengurusan Fasiliti Sektor Awam 2016
  16. Pengerusi Penganjur Seminar Pengurusan Projek JKR 2016
  17. Ahli Jawatankuasa Construction Industry Transformation Programme (CITP) 2016- 2020 IWG20
  18. Ahli Jawatankuasa Kerja Indeks SSR Dan Pendekatan DIY 2016-2018 (Sektor Perancangan Strategik, Inovasi & Pengurusan Prestasi) 
  19. Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Tuntutan Peringkat KPKR
  20. Ahli Jawatankuasa Tema 1: Kecemerlangan Penyampaian Projek
  21. Ahli Jawatankausa Pelaksana EKSA JKR Premis Menara PJD (Ketua Zon)
  22. Pengerusi Pelaksana Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) JKR Malayasia
  23. Ahli Jawatankuasa Pengurusan Aset Tak Alih (JKPAK) Fasiliti dan Keanggotaan Unit   Pengurusan Fasiliti (UPF) CPAB 
  24. Ahli Jawatankuasa Kelulusan Projek Penyelidikan (JKPP) JKR Malaysia – 6 September 2017 sehingga 31 Disember 2018
  25. Ahli Kedua Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No. 2) Jabatan Kerja Raya
  26. Ahli Focus Group Bagi Meneliti Dan Memperhalusi Isu, Strategi Penambahbaikan Dan Pelan Tindakan Hasil Dari Bengkel Pemukiman Pengurusan Atasan Kementerian Kerja Raya (KKR)
  27. Ahli Panel Sesi Reboot Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri
  28. Pengerusi Jawatankuasa Pentauliahan Bahan e-Learning JKR
  29. Wakil Tetap Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan (JKK) JKR Malaysia Tahun 2018-2019
  30. Ahli Jawatankuasa Aset Hartanah Kerajaan Kementerian Kerja Raya
  31. Ahli Jawatankuasa Pemandu Pre-Approved Plan (PAP) Jabatan Kerja Raya Malaysia  2018
  32. Ahli Jawatankuasa Teknikal Building Information Modeling (BIM) JKR
  33. Ahli Jawantakuasa Pemandu ICT (JPICT) Jabatan Kerja Raya Malaysia
  34. Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan Risiko (ERM) JKR
  35. Urusetia Jawatankuasa Pemandu Pre-Approved Plan (PAP) JKR Malaysia
  36. Ahli Jawatankuasa Disiplin Awam Tahun 2019-2021

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi;

  1. Institution of Engineers Malaysia (IEM) – MIEM
  2. Malaysia Asset and Project Management Association (MAPMA)                         
  3. Persatuan Professional JKR 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. MOHD RAHIM BIN KAWANGIT dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.