Date: Isnin, November 2, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. PAUZI BIN MOHAMAD, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA KESIHATAN (CKK), IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 2 NOVEMBER 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di JKR Pahang pada 1 September 1984. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1.    Tahun 1984 - 1990 : Jurutera Awam, JKR Pahang

2.    Tahun 1992 - 2004 : Jurutera Awam, Cawangan Kerja Perubatan dan Kesihatan, IPJKR

3.    Tahun 2004 - 2007 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR

4.    Tahun 2007 - 2008 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Pangkalan Udara Maritim (CPUM), IPJKR

5.    Tahun 2008  : Jurutera Awam Penguasa (M), Tapak Projek Sepangar Bay, Sabah (CPUM)

6.    Tahun 2008 - 2010 : Jurutera Awam Penguasa, JPM

7.    Tahun 2010 – 2011 : Jurutera Awam Penguasa, Unit Kerjasama Awam Swasta, JPM

8.    Tahun 2011 – 2015 : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan KErja Kesihatan (CKK), IPJKR

9.    Tahun 2015 – 2017 : Jurutera Awam Penguasa Kanan (M), Cawangan Pengurusan Korporat (CDPK)

10.  Tahun 2017 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Cerun, IPJKR

11.  Tahun 2017 – 2020 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan (CKK), IPJKR.

 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa sumbangan dan kelayakan yang diiktiraf seperti;

a) Kelayakan Profesional

1.    Jurutera Profesional (Ir.)

 

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

1.    Pengerusi Mesyuarat Jurutera Awam (MJA) JKR 2020

 

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

1.    Kelab Rekreasi di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia.

 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. PAUZI BIN MOHAMAD dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.