Date: Selasa, Julai 28, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. RAZALI BIN CHE EMBI, PENGARAH CAWANGAN KEJURUTERAAN GEOTEKNIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 30 JULAI 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Cawangan Rekabentuk & Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 16 Ogos 1985. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1985 - 1990 : Jurutera Awam, Cawangan Rekabentuk & Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  2. Tahun 1990 - 1997 : Jurutera Awam, Bahagian Jalan, JKR Selangor
  3. Tahun 1997 - 2004 : Penolong Pengarah, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  4. Tahun 2004 - 2008 : Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  5. Tahun 2008 - 2013 : Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kerja Bangunan Am, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  6. Tahun 2013 - 2015 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Teknikal, ICU JPM, Negeri Selangor
  7. Tahun 2015 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  8. Tahun 2019 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  9. Tahun 2019 - 2020 : Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1999
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2011
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2017
  4. Moderator bagi 2019 International Symposium On Soft Ground Improvement Anjuran GEOTROPIK dan UTM

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan;

  1. Jurutera Awam Bertauliah oleh Lembaga Jurutera Malaysia
  2. Pensijilan Jurutera Awam JKR (Maintenance Road Engineering) Tahap 4 (2016)
  3. Pensijilan Jurutera Awam JKR (Kejuruteraan Geoteknik) Tahap 4 (2019)

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Ahli Jawatankuasa Teknikal World Road Association PIARC TC4.3 – Earthworks Sesi 2020-2023
  2. Pengerusi Jawatankuasa Pengemaskinian Spesifikasi Jalan JKR Section 2 : Earthworks
  3. Pengerusi Jawatankuasa Pengubalan Spesifikasi Jalan Section 20: Ground Improvement
  4. Pengerusi Jawatankuasa Penilai Produk-Produk Geoteknik CKG
  5. Ahli Jawatankuasa Penggubalan MS 1987:2007 Route Numbering System and Guide Signs
  6. Pembentang Kertas di PWD Forensic Engineering Conference (PFEC 2018) di CReaTE
  7. Ahli Panel Penilai Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik 2017
  8. Ahli Panel Penilai Bagi Program Pensijilan Bidang Kejuruteraan Senggara (Jalan) 2019
  9. Ahli Jawatankuasa Siasatan Khas Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Bagi Siasatan Paip Air Pecah di Lebuhraya Pantai Barat (WCE) di Kelang (2018-2019)
  10. Ahli Lembaga Perolehan Majlis Sukan Negara (MSN) (2009-2013)
  11. Ahli Lembaga Perolehan Kementerian Kewangan Malaysia (2015-2019)
  12. Ahli Road Engineering Association of Malaysia (REAM)
  13. Ahli Institusi Jurutera Malaysia (MIEM)

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi;

  1. Program Sukarelawan Pasca Banjir Anjuran Kelab Kebajikan & Rekreasi Pejabat ICU Selangor di SK Pulau Pasir Mandi, Temerloh pada Januari 2015
  2. Timbalan Yang Di Pertua Kelab Sukan & Kebajikan CKG Sesi 2015 - 2017
  3. Timbalan Yang Di Pertua Kelab Sukan & Kebajikan CKG Sesi 2017 - 2019
  4. Yang DiPertua Kelab Sukan dan Kebajikan CKG Sesi 2019 – 2021
  5. Pengurus Pasukan Ping Pong IP JKR Malaysia di Karnival Sukan JKR Malaysia Tahun 2017 di Kuala Terengganu
  6. Pengurus Pasukan Ping Pong IP JKR Malaysia di Karnival Sukan JKR Malaysia Tahun 2019 di Kota Kinabalu, Sabah
  7. Ketua Kontinjen Pasukan IP JKR Malaysia di Karnival Sukan JKR Malaysia Tahun 2019 di Kota Kinabalu, Sabah
  8. Pengerusi Penganjur bagi Seminar On Retaining Structures and Deep Excavation 2015
  9. Pengerusi Penganjur bagi Seminar On Geotechnical Earthquake Engineering in Malaysia 2016
  10. Pengerusi Penganjur bagi Seminar On Challenges in Design and Construction On Soft Ground 2018

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. RAZALI BIN CHE EMBI dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.