Date: Rabu, Julai 10, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. ROSIAH BINTI ABU SAMAH, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 10 Julai 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pembantu Teknik di JKR Melaka  pada 1 September 1984 dan memulakan tugas sebagai Jurutera Awam di JKR Alor Gajah pada 1 Oktober 1985. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1985 : Pembantu Teknik, JKR Melaka
  2. Tahun 1985 - 1993 : Pembantu Teknik, JKR Alor Gajah
  3. Tahun 1996 - 1997 : Jurutera Awam, JKR Melaka
  4. Tahun 1997 - 2002 : Jurutera Bangunan, JKR Alor Gajah, Melaka
  5. Tahun 2002 - 2005 : Pengurus Air Daerah Tampin, Jabatan Bekalan Air Tampin
  6. Tahun 2005 - 2007 : Jurutera Bangunan, JKR Daerah Muar, Johor
  7. Tahun 2007 - 2009 : Jurutera Daerah, JKR Alor Gajah, Melaka
  8. Tahun 2009 - 2010 : Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Bangunan, Jabatan Kerajaan Tempatan
  9. Tahun 2010 - 2014 : Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pendidikan & Pengajian Tinggi, JKR
  10. Tahun 2014 - 2015 : Penolong Pengarah Kanan, PROKOM CPAB, JKR
  11. Tahun 2015 - 2016 : Ketua CPAB, CPAB Negeri Melaka
  12. Tahun 2016 - 2017 : Jurutera Awam Penguasa, CREaTE
  13. Tahun 2017 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, CREaTE


Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dan Pengiktirafan
    Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1990, 1998, 2013 dan 2017

b) Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

  • Jurutera Profesional (Ir.) Lembaga Jurutera Malaysia
  • Certified Registered Project Manager
  • Certified Assessor of Project Management
  • Lecturer of Project Management
  • Auditor of Project Management
  • Head Facilitator of Project Risk Management
  • Project Health Check Practitioner
  • Certified in Structural Engineering (Building) Level 3

c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi

  • Jawatankuasa Tetap Road Trafic Management ISO Antarabangsa 2009/2010
  • Pengerusi Jawatankuasa NKRA Urban Public Transport 2010
  • Ahli Majlis Daerah Tampin, Negeri Sembilan
  • Ahli Majlis Daerah Muar, Johor
  • Ahli Majlis Perbandaran Alor Gajah

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Ahli Lembaga Jurutera Malaysia
  • Ahli/ AJK ProJKRM
  • Ahli ABIM


Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. ROSIAH BINTI ABU SAMAH dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.