Date: Khamis, April 16, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. SHAMSURIEE BIN SULAIMAN, PENGARAH PERUNDING REKABENTUK, CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 18 April 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Elektrik pada 19 September 1983 di Cawangan Kerja Tentera, Ibu Pejabat JKR. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1990 : Jurutera Elektrik, Cawangan Kerja Tentera, Ibu Pejabat JKR
  2. Tahun 1990 - 1998 : Jurutera Elektrik, Jabatan Perumahan Negara
  3. Tahun 1998 - 2001 : Pengarah Kawasan Sabah, Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas Malaysia
  4. Tahun 2001 - 2004 : KPP Inspektorat, Cawangan Kejuruteraan Elektrik
  5. Tahun 2004 - 2007 : KPP Elektrik, Cawangan Kerja Pendidikan
  6. Tahun 2007 - 2019 : KPPK Penyelenggaraan Korporat Elektrik, JKR WP Putrajaya
  7. Tahun 2019 - 2020 : Pengarah Perunding Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 1987
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 1992 - KPKT
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2017

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Professional Engineer with Practising Certificate (BEM)
  2. Competent Eletrical Engineer 132kV (Energy Commission)
  3. Certified MyCREST Qualified Professional (CIDB)
  4. Certified MyCREST Qualified Assessor (CIDB)
  5. Diploma in Decentralised Renewable Energy System (CIEMAT Spain)
  6. Sijil Kusus Pendakwaan (ILKAP)

c) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Member of SIRIM Bhd. Technical Committee on Safety for Household Electrical Appliances

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Corporate Membership of the Institution of Engineers Malaysia

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. SHAMSURIEE BIN SULAIMAN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.