Date: Khamis, Disember 5, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. WAN IBRAHIM BIN WAN YUSOFF, PENGARAH BAHAGIAN KOMPETENSI, PENSIJILAN & AKREDITASI KEJURUTERAAN (Memangku Jusa C), PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE) yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 6 Disember 2019.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Caw. Rekabentuk & Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada September 1983. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1990 : Jurutera Awam, Caw. Rekabentuk & Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  2. Tahun 1990 - 1995 : Jurutera Awam, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  3. Tahun 1995 - 2001 : Jurutera Awam, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  4. Tahun 2001 - 2002 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  5. Tahun 2002 - 2007 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  6. Tahun 2007 -  2007 : Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Jalan, JKR Selangor
  7. Tahun 2007 - 2009 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bhgn. Korporat, JKR Selangor
  8. Tahun 2009 - 2014 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Pengurusan Korporat, IPJKR
  9. Tahun 2014 - 2017 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Caw. Kerja Bangunan Am, IP JKR
  10. Tahun 2017 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, CREaTE
  11. Tahun 2019 - 2019 : Pengarah Bah. Kompetensi, Pensijilan & Akreditasi Kejuruteraan, CREaTE

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun  2001
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun  2011

b) Kelayakan Profesional

  1. Professional Engineer with Practicing Certificate

c) Kelayakan Kekompetenan

  1. Master Project Director (MPD)
  2. JKR Workplace Assessor (CBAS)
  3. Certified ISO 9001 QMS Lead Auditor

d) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatan Kuasa Penggubal Kerangka dan Governan bagi Program Pensijilan Kompetensi Pengurus Projek JKR (2017 - 2018)
  2. Ahli Jawatan Kuasa Pelulus bagi modul latihan untuk kursus Pensijilan Kompetensi Pengurus Projek JKR (2018 - 2019)
  3. Assessor bagi Program Pensijilan Pengurus Projek Berdaftar JKR (2010 - 2019)
  4. Ahli Jawatankuasa Penggubal Garis Panduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka dan Bina: (2004 - 2005)
  5. Naib Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG), SK Seksyen 6, Shah Alam (2004 - 2005)
  6. Ahli Jawatankuasa Penggubal Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2000) untuk JKR (2003 - 2005)
  7. Ahli Jawatankuasa Promosi bagi persidangan Kuala Lumpur PIARC World Road Congress 1999 (1998 - 1999)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. WAN IBRAHIM BIN WAN YUSOFF dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.