Date: Jumaat, Januari 6, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN FAIZAH BINTI IBRAHIM, ARKITEK PENGUASA KANAN, CAWANGAN ALAM SEKITAR DAN KECEKAPAN TENAGA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 1 JANUARI 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek bertempat di Cawangan Bangunan/Cawangan Kerja Bangunan Am, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 7 Julai 1998.Beliau telah berkhidmat lebih 25 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1998-2005 - J3/J41, Cawangan Bangunan/Cawangan Kerja Bangunan Am, IPJKR Malaysia
  2. Tahun 2005-2009 - Arkitek J41, J44 & J48, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
  3. Tahun 2009-2011 - Arkitek J48, Cawangan Arkitek, IPJKR Malaysia
  4. Tahun 2011-2016 - Arkitek J52, Bahagian Arkitek, JKR Kedah
  5. Tahun 2016-2019 - Arkitek J54, Cawangan Arkitek, IPJKR Malaysia
  6. Tahun 2019-2022 - Arkitek J54, Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga, IPJKR Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Jawantankuasa

  1. Pengerusi Ganti Jawatankuasa Sebut Harga Bagi Perkhidmatan/Bekalan CASKT 2021-2022
  2. Pengerusi Ganti Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Stor CASKT 2020-2022
  3. Wakil Ganti Jawatankuasa Pemandu ICT 2020-2022
  4. Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR 2020-2022 Pegawai Integriti CASKT 2020-2022
  5. Ahli Jawatankuasa Kerja Program Persada Minda @ JKR 2022
  6. Pengerusi Ganti Jawatankuasa Kerja Program Green Day JKR 2021
  7. Pengerusi Ganti Jawatankuasa Pelantikan Perunding CASKT 2021
  8. Ahli Jawatankuasa Kerja Istiadat Kemangkatan DYMM Sultan Kedah 2015-2016
  9. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penganjuran Program PWD Design Forum 2017
  10. Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2015
  11. Ahli Jawatankuasa Lanjutan Masa JKR Kedah 2011-2016
  12. Ahli Jawatankuasa Standard dan Kos (JSK), EPU, JPM 2005-2009
  13. Wakil JKR bagi Ahli Jawatankuasa Perolehan "A" dan “B” di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dari 2009 -2010 dan 2017-2018.
  14. Panel Penemuduga bagi Urusan Pemangkuan Pegawai P&P Tahun 2014, 2015, 2018 ,2020 dan 2021

 

b) Sumbangan

  1. Ketua Panel Anugerah Kontraktor Cemerlang Pembinaan Hijau JKR Malaysia 2020-2022
  2. Urus setia Persiapan Tempat Persidangan Pegawai Kanan (SOC) 2012
  3. Urus setia Persiapan Tempat Hari Inovasi JKR Malaysia 2016
  4. Penasihat Kumpulan KIK Bahagian Arkitek HKR Kedah 2015-2016 (Tempat ke-2 Konvession KIK Negeri Kedah 2016 dan Tempat ke-3 Konvesnsion KIK JKR Kedah 2016)
  5. Ketua Editor Laporan Tahunan JKR Kedah 2011 dan 2015
  6. Mengurus Rekabentuk Projek Bantuan Perumahan Kerajaan Negeri Kedah Kepada Mangsa Banjir Kuala Krai, Kelantan 2015
  7. Urus setia Persiapan Tempat Persidangan Pegawai Kanan (SOC) 2012
  8. Ahli Korporat Institute Value Management 2009-sekarang.
  9. Editor dan penyumbang Garispanduan Garis Panduan Dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan oleh JSK 2005 dan 2008
  10. Panel Penemuduga bagi Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai P&P dan Sokongan Tahun 2004, 2005 dan 2016

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga PUAN FAIZAH BINTI IBRAHIM dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"