Date: Selasa, Oktober 6, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN HAJJAH SAMINI BINTI HAJI OMAR, PENGARAH CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 2, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 10 OKTOBER 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Kanan di Cawangan Bangunan pada 22 Febuari 1982. Sepanjang 38 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1982 - 2001 : Pembantu Teknik Kanan, Cawangan Bangunan 
  2. Tahun 1992 - 2000 : Arkitek, Cawangan Bangunan (Projek Khas Universiti Malaysia Sabah)
  3. Tahun 2000 - 2003 : Ketua Penolong Setiausaha Unit Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia
  4. Tahun 2003 - 2008 : Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Pendidikan Malaysia
  5. Tahun 2008 - 2011 : Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia
  6. Tahun 2011 - 2013 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Projek Kompleks 
  7. Tahun 2013 - 2014 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Korporat
  8. Tahun 2014 - 2014 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 
  9. Tahun 2014 - 2017 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 2
  10. Tahun 2017 - 2020 : Pengarah, Cawangan Kerja Bangunan Am 2

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional dan Kekompetenan;

  1. Ahli Lembaga Arkitek Malaysia

b) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, JKR Tahun 2012 & 2016
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tahun 2007
  3. Pingat Ahli Mangku Pahang (AMP) - 1998

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Menyertai task force mengkaji keadaan banjir di Kelantan & Terengganu pada tahun 2016 bagi Pembinaan Rumah Kekal mangsa banjir
  2. Penaung Kelab Sukan dan Kebajikan Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (SUKEB CKBA 2)
  3. Kumpulan Kajian Penyediaan brif dan master plan Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  4. Kumpulan rekabentuk konsep master plan Putrajaya
  5. Ahli kajian pembaikan makmal sains bagi sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  6. Ahli kajian rekabentuk jenis sekolah di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  7. Ahli kajian menaiktaraf semua maktab perguruan di seluruh Malaysia kepada Institut Perguruan Malaysia (IPGM) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  8. Ahli kajian kehendak bangunan Kedutaan Malaysia di luar negara (New York dan Hong Kong)
  9. Menyediakan brif bagi Pusat Latihan Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) sebelum dilaksanakan secara penswastaan.

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Setiausaha Puspanita tahun 1987-1989 dan telah mengeluarkan Buletin Puspanita pada tahun tersebut.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan PUAN HAJJAH SAMINI BINTI HAJI OMAR dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.