Date: Jumaat, Oktober 2, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN KHAIRIAH BINTI MOHAMAD TAIB, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 2, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 10 OKTOBER 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 15 Oktober 1984. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1990 : Jurutera Awam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  2. Tahun 1990 - 2004 : Jurutera Awam, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR
  3. Tahun 2004 - 2008 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR
  4. Tahun 2008 - 2013 : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR
  5. Tahun 2013 - 2016 : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR
  6. Tahun 2016 - 2020 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 2, Ibu Pejabat JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2019

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Ahli Lembaga Perolehan MARA (2013)
  2. Timbalan Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan (SUKEB), Cawangan Kerja Bangunan Am 2

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan PUAN KHAIRIAH BINTI MOHAMAD TAIB dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.