Date: Isnin, Ogos 5, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN MONALIZA BINTI MOHD HASSAN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 6 Ogos 2024.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek (J41) di Cawangan Bangunan Am pada 16 Januari 1998. Beliau telah berkhidmat lebih 26 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1998-2003: Arkitek (J41), Cawangan Bangunan Am
  2. Tahun 2003-2004: Arkitek (J41), Cawangan Arkitek Ibu Pejabat JKR Malaysia
  3. Tahun 2004-2006: Penolong Pengarah (Arkitek) (J41), Cawangan Pengurusan Korporat
  4. Tahun 2006-2007: Penolong Pengarah (Arkitek) (J44), Cawangan Pengurusan Korporat
  5. Tahun 2007-2011: Penolong Pengarah Kanan (Arkitek)(J48) Cawangan Kerja Pendidikan
  6. Tahun 2011-2015: Penolong Pengarah Kanan (Arkitek)(J48), Kementerian Pengajian Tinggi
  7. Tahun 2015-2020: Penolong Pengarah Kanan (Arkitek)(J52), Cawangan Alam Sekitar Dan kecekapan Tenaga
  8. Tahun 2020-2022: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Cawangan Arkitek
  9. Tahun 2022-2024: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Berdaftar Lembaga Arkitek Malaysia

b) Lain-Lain Kekompetenan

  •   Tahap 4 Senibina Lestari
  •   Certified ISO 14001 QMS Auditor
  •   Certified ISO 50001 QMS Auditor
  •   Certified Professional MyCREST (2017)

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • AJK Pameran dan Pemilihan Reka Bentuk Astaka 2003
  • Pegawai Penyelaras MS ISO 14001 2003 – 2004
  • AJK Seminar Senibina Islam 2004
  • Auditor Projek KLIA 2 dan Prestasi MAHB
  • wikiGreen bagi Portal JPedia di Majlis pesada Minda JKR 2016
  • Anugerah Pengurusan Projek Terbaik (HODT) JKR Malaysia 2016
  • ISO 14001: 2015 Environmental Management System
  • Certified Qualified Professional MyCREST
  • Pembentang Mesyuarat Pegawai Kanan (SOC) di Bukit Gambang Resort City Kuantan 22 – 24 Mei 2017.
  • Auditor ISO 50001: 2011 Energy Management System
  • Ahli Pasukan GGP Core Team (MOF& MGTC)
  • Ketua Panel Penilai Anugerah Kontraktor Cemerlang (Kategori Pembangunan Hijau) JKRMalaysia 2023
  • National Construction Policy 2030 - NCP 2030 : Mengukuhkan Kualiti dan Keselamatan Dalam Pelaksanaan Projek Pembinaan Dasar Pembinaan Negara 2030
  • Pengerusi JKR GREENDAY 2023 16 & 17 Ogos 2023
  • Pengerusi Jawatan Kuasa Pembersihan dan Pengurusan Sisa Program Sambutan Hari Profession Teknikal Negara (HPTN) 2 – 5 Dis 2023
  • Team member in SDGs 12th Scaling Comsumption & Production @ SCP Government Green Procurement @ GGP (urusetia MOF dan MGTC)
  • Ketua Panel Penilai Anugerah Kontraktor Cemerlang (Kategori Pembangunan Lestari)JKR Malaysia 2024
  • AJK Semakan Semula Dokumen SIRIM Penarafan Hijau pHJKR Kategori Bangunan
  • Jawatankuasa Pembangunan Dokumen Keperluan Perunding Hijau JKR

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Contribution in The First Carbon Neutral Conference on Sustainable Building South-East Asia (SB10SEA) 4 – 6 May 2010
  • Ahli Persatuan Penduduk Seksyen 12 Bandar Tasek Senangin
  • SIRIM Commitee MS 2015 Part 1: 2006 Public Toilets
  • Penceramah Siri Jelajah MyCREST & Seminar Amalan Baik Teknologi Hijau dalam Pembinaan Anjuran CIDB
  • Penceramah Kursus Perkongsian Ilmu CKBA1 25 Okt 2017
  • Penceramah Mesyuarat Arkitek Kanan JKR 12-13 Jun 2024
  • Penceramah Kursus Verifier Green Product Scoring System (GPSS) Bil.1 pada 25-26 Oktober 2021 anjuran Cawangan Alam Sekitar Dan Kecekapan
  • Penceramah National Seminar on Sustainable Development “The Future We want” 24 -25 April 2018
  • Penceramah Seminar Public Works Design Forum (PDF) 9-10 Ogos 2018 di CREaTE
  • Penceramah MTC (Malaysia Technical Cooperation Program) by CIDB:Visiting Menara KR GBI Platinum Building : International deligationfrom Authority Department of Japan, Italy,Indonesia, Spain etc on 24April 2019
  • Penceramah MTC (Malaysia Technical Cooperation Program) by CIDB: Visiting Menara KR GBI Platinum Building : International deligation from Authority Department of Argentina, Bhutan, Azebaijan, Cambodia, Egypt, Georgia, kenya, Philippines, Fiji, Senegal, Uzbekistan, and Vietnam etc on 3 Ogos 2019
  • Penceramah Bengkel Hands-On pHJKR dan MyCREST Bagi Projek-Projek di Cawangan Arkitek 25-26 Mac 2018 di Laman Ilmu Menara TIMA
  • Penceramah Lawatan Deligasi Republik Bangladesh ke bangunan GBI Platinum Menara KR, Blok G pada 4 Ogos 2016
  • Penceramah Program Kompetensi Senibina, Kursus Principles of Sustainable Development anjuran CREaTE secara maya pada 4 Mac 2021

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2002
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga PUAN MONALIZA BINTI MOHD HASSAN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"