Date: Jumaat, Jun 14, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN NORHAYATI BINTI OMAR yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 17 Jun 2024.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek (J3) di Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 02 Oktober 1999. Beliau telah berkhidmat lebih 25 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Arkitek(J3), Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia: Tahun 1999-2007
  2. Arkitek(J44), Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia: Tahun 2007-2009
  3. Arkitek Kanan (J48), Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia: Tahun 2009-2013
  4. Ketua Penolong Pengarah (J52), UKAS, Jabatan Perdana Menteri: Tahun 2013-2017
  5. Ketua Penolong Pengarah (J52), Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia: Tahun 2017-2019
  6. Arkitek Penguasa Kanan (J54), Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia: Tahun 2019-2024

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a)  Kekompetenan

  • Berdaftar keahlian Petubuhan Pengurusan Nilai Malaysia (IVMM)

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Panel Perolehan (mewakili JKR Malaysia) di Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia dari 2019 – 2022.

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Ayers Tower, Taman Kosas, Ampang.

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, APC – Tahun 2009
  • Anugerah Mangku Negara (A.M.N.) Sempena Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan – Tahun 2017

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga PUAN NORHAYATI BINTI OMAR dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"