Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN NORLINA BINTI AWANG yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 31 Januari 2025.
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah Gred J3 di Cawangan Kerja Pendidikan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia pada 16 Mei 1996. Beliau juga telah berkhidmat lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
- Tahun 1996 - 2002 : Penolong Pengarah (Arkitek)(J3), Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
- Tahun 2002 - 2007 : Penolong Pengarah (Arkitek)(J41-J44), Jabatan Perumahan Negara KPKT
- Tahun 2007 - 2012 : Penolong Pengarah Kanan(J48-J52), Unit Pembangunan Kepakaran & Teknologi Bangunan
- Tahun 2012 – 2017 : Ketua Penolong Pengarah (Arkitek)(J52),Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.
- Tahun 2017 – 2018 : Arkitek Penguasa Kanan(J54), Pasukan Projek Khas 1 Cawangan Pengurusan
- Tahun 2018 – 2019 : Arkitek Penguasa Kanan (J54), Unit Pengurusan Nilai Caw. Perancangan Aset Bersepadu
- Tahun 2019 - 2022 : Arkitek Penguasa Kanan (J54), Bahagian Ukur Bahan, Caw.Kejuruteraan Cerun
- Tahun 2022 – 2025 : Arkitek Penguasa Kanan (J54), Bahagian Seni Bina Kesihatan 2, Cawangan Arkitek.
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan.
Antaranya ;
a) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
- Dokumen Inspection And Testing Plan (ITP) JKR 2024
- Health Facilities Guidebook – Components Of Clinical & Non Clinical Materials (2023 Edition) - 2024
- Cawangan Kerja Kesihatan Coffee Table Book 2019
- Garis Panduan Dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan Oleh Jawatankuasa Standard & Kos (Unit Perancang Ekonomi) - 2015
- Garis Panduan Pembangunan Mahkamah (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri) - 2015
- Standard Dan Ruang Lantai Perpustakaan (Perpustakaan Negara Malaysia) - 2015
- JKR Pre Approved Plan For 10th Malaysia Plan - 2010
- Standard Industri Pembinaan Cis18:2010 Manual For IBS Content Scoring System (IBS Score) CIDB Malaysia
- Manual Pelaksanaan Kaedah IBS Bagi Projek Kerajaan - 2008
- Standard Malaysia MS1184:2002 Code Of Practice On Access For Disabled Persons To Public Buildings (SIRIM) -2002
b) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
- Kelab Abstrac Cawangan Arkitek – Ahli
- Persatuan Penduduk Taman Sutera Kajang – Ahli
- Persatuan Alumni SM Tg Faris Petra – Ahli
- Persatuan Alumni Mississippi State University -Ahli
- Pertubuhan Pengurusan Nilai – Ahli
- Pro JKR – Ahli Seumur Hidup
- Puspanita KKR – Ahli Seumur Hidup
- Lembaga Arkitek Malaysia – Ahli Graduan
c) Penghargaan dan Pengiktirafan
- APC Kementerian Kerja Raya - 2007
- APC Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan – 2002
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN NOOR AINY BINTI BURHANUDIN yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 6 Februari 2025.
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Arkitek Gred J3 di Unit Sumber, Cawangan Bangunan Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 2 Ogos 1999. Beliau juga telah berkhidmat lebih 25 tahun 5 bulan dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
- Tahun 1996 - 2003 : Arkitek (J3), Unit Sumber, Cawangan Bangunan Ibu Pejabat JKR Malaysia
- Tahun 2003 - 2007 : Penolong Pengarah (Arkitek)(J41), PP2, Cawangan Arkitek, IPJKR
- Tahun 2007 - 2010 : Penolong Pengarah (J44), UPSK & USMD, Caw. Arkitek, IPJKR.
- Tahun 2010 – 2013 : Arkitek Kanan (J48), BPDA, Caw. Arkitek, IPJKR
- Tahun 2013 – 2014 : Arkitek Penguasa(J52), Bahagian Pengurusan Projek 5, Caw. Kerja Kesihatan, IPJKR.
- Tahun 2014 - 2016 : Arkitek Penguasa (J52), Bahagian Pengurusan Projek 3, Caw. Kerja Pendidikan, IPJKR
- Tahun 2016 – 2017 : Arkitek Penguasa(J52), BPDA, Cawangan Arkitek, IPJKR
- Tahun 2017 – 2024 : Arkitek Penguasa Kanan (J54), Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik, Cawangan Arkitek, IPJKR.
- Tahun 2024 -2025 : Arkitek Penguasa Kanan (J54), Bahagian Seni Bina Bangunan Am 2, Cawangan Arkitek Ibu Pejabat JKR Malaysia
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan.
Antaranya :
a) Lain-lain Kelayakan Kekompetenan
- Certified Practitioner in Knowledge Management – IPMA - 2022
- Lead Auditor MS ISO 45001 : 2018 (SIRIM) – 2018
- Lead Auditor IMS ISO 9001 : 2009 - 2010
b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
- JAD / TKPA Pasukan Asukan Audit Dalam SPK - 2009 hg. 2015
- KPA Pasukan Audit Dalam SPKKP MS45001:2018 - (2017-2019) (2022-2024)
c) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
- Pemeriksa Kira-Kira Kelab ABSTRAC (2020 – 2022)
- Penolong Pemeriksa Kira Kelab ABSTRAC (2023 – 2 Feb. 2025)
- Ahli biasa Persatuan STOMACARE Malaysia
d) Penghargaan dan Pengiktirafan
- Anugerah Perkhidmatan Camerlang 2023
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017
- Anugerah Perkhdimatan Cemerlang 2012
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2002
Mereka telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga PUAN NORLINA BINTI AWANG dan PUAN NOOR AINY BINTI BURHANUDIN sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.
Selamat Bersara.
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 952 bacaan