Date: Jumaat, Januari 8, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN NORWAILY BINTI ABD WAHID, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 9 JANUARI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Elektrik, Cawagan Kejuruteraan Elektrik, IPJKR pada 1 MAC 1990. Sepanjang 30 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1990 : Jurutera Elektrik (A18), CKE, IPJKR
  2. Tahun 1995 : Jurutera Elektrik (A11), SUK, Negeri Selangor
  3. Tahun 2000 : Penolong PEngarah Kanan (E), JKR (E) Negeri Selangor
  4. Tahun 2005 : Penolong Pengarah Kanan (E), Cawangan Jalan, IPJKR
  5. Tahun 2007 : Penolong Pengarah Kanan (E), JKR Putrajaya
  6. Tahun 2008 : Jurutera Elektrik Penguasa, JKR Putrajaya
  7. Tahun 2011 : Jurutera Elektrik Penuasa Kanan, CKE IPJKR
  8. Tahun 2013 : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawagan Kerja Kesihatan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Panel Penilai Anugerah Kontraktor Cemerlang – Kategori Bangunan
  2. Jawatan Kuasa Pemandu ICT JKR
  3. Flying Squad Projek Fasiliti Kesihatan CKK
  4. Jawatan Kuasa Penilaian Teknikal CKK (pengerusi)
  5. Jawatan Kuasa Pengurusan Prestasi dan Pengurusan Aktiviti Kewangan CKK.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan PUAN NORWAILY BINTI ABD WAHID dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.