Date: Rabu, Ogos 3, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN SAMILAH BINTI MASHURI, TIMBALAN KETUA PENGARAH, JABATAN KERAJAAN TEMPATAN, KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 03 Ogos 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah bertempat di Unit Cawangan Bangunan, Jabatan Kerja Raya Malaysia,pada  01 November 1990. Beliau telah berkhidmat hampir 31 tahun   9 bulan dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1990-2003: Penolong Pengarah ,Cawangan Bangunan, Jabatan Kerja Raya Malaysia
  2. Tahun 2003-2007: Penolong Pengarah Kanan (J48), Cawangan Arkitek
  3. Tahun 2007-2009: Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54), Cawangan Arkitek
  4. Tahun 2009-2012: Pegawai Khas (J54), Pejabat TKPKR(Pakar
  5. Tahun 2012-2018: Arkitek Penguasa Kanan(J54), Cawangan Arkitek
  6. Tahun 2018-2018: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
  7. Tahun 2018-2022: Timbalan Ketua Pengarah (JUSA C), Jabatan Kerajaan Tempatan,(KPKT)

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Certificate for Lead Auditor QMS ISO 9001, IKRAM (1996)
  2. Certificate for Competency Attainment for ISO 9001 QMS Lead Auditor (2007)                                                                  RABQSA - AU726 Auditing Management System                                                                                                                RABQSA - QM785 Quality Management System                                                                                                                  RABQSA - TL728  Leading MS Audit Teams                                                                                                                         The System 3 Group Pty. Ltd. Australia (KL)
  3. Sijil Perakuan Pengiktirafan Perkhidmatan Kemahiran Kaunseling Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) JPA (2007
  4. Certificate Neuro Linguistic Hypnotherapy (NLHt) Practitioner, Smart Consultant Malaysia (CREaTE-2017)

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1.     Ketua Pasukan Audit Dalam SPB JKR (1999-2008) / (2016-2017)
  2.     Ahli Jawatankuasa Perasmian dan Logistik bagi The 5th Ministerial Forum On The Infrastructure Development in the        Asia Pacific Region (2005)
  3.     Ahli Jawatankuasa Penganjuran Pameran bagi International Construction Week Malaysia (2009)
  4.     Ketua Urusetia Induk Konvensyen Usahanita Binaan Antarabangsa (KUBINA 2015)
  5.     Ahli Jawatankuasa Penyiasatan Bebas Kajian Kemungkinan dan Keselamatan Bangunan Highland Tower (2018-2019)
  6.     Ahli Jawatankuasa Penganjuran Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan (2018-2019)
  7.     Ahli Lembaga Peperiksaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2019)
  8.     Anggota Tetap Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat & Alam Bina – Majlis Kebangsaan bagi OKU (2019-2022)
  9.     Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Konvensyen Kesihatan Persekitaran dan Sambutan Hari Tandas            Sedunia Peringkat Kebangsaan (2019-2020)
  10.   Ahli Jawatankuasa Kerja Permohonan Pengecualian Pengoperasian Industri Berikutan COVID-19, Kementerian Dalam    Negeri (2020)
  11.   Ahli Jawatankuasa Pemantauan Penguatkuasaan PKP Berikutan COVID-19, Kementerian Dalam Negeri (2020)
  12.   Anggota Tetap Jawatankuasa Pemandu World Health Organization Framework Convention On Tobacco Control (WHO      FTC) (2020-2021)
  13.   Intervention Panelist for Women’s Assembly at The Malaysian Urban Forum (2021)
  14.   Wakil Negara bagi Regional Meeting For The Asia-Pacific On The City And Transport: Safety, Efficiency And                     Sustainablity (2021)

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1.     Ahli Seumur Hidup Majlis AKRAB Kebangsaan
  2.     Ahli Seumur Hidup Pertubuhan Profesional JKR Malaysia
  3.     Pengerusi AKRAB JKR Malaysia (2018)
  4.     Ahli Majlis Tertinggi PUSPANITA Cawangan KPKT (2018-2022)
  5.     Pengerusi Program Sumbangan Pakaian Terpakai KPKT kepada NADMA bagi Mangsa Banjir (2019)
  6.     Pengerusi Program The Arts of Mastering The First Impression bagi Warga Wanita KPKT (2020)
  7.     Pengerusi Program #WECARE4U di Pusat Transit Gelandangan, Jalan Pahang, WPKL (2020)

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1.    Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Tahun 1995
  2.   Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Tahun 2005
  3.   Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Tahun 2010
  4.   Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Tahun 2017
  5.   Anugerah Khas Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Tahun 2020

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga Puan Samilah Binti Mashuri dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"