Date: Khamis, Jun 6, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN SHARIFAH MUNA SYED MURTADZA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 24 Mei 2024 (Bersara Pilihan).

Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek (J3) di Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 16 Mei 1995. Beliau telah berkhidmat lebih 29 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1995-1997: Arkitek(J3), Cawangan Bangunan IPJKR
  2. Tahun 1997-1998: Arkitek(J3), Cawangan Bangunan IPJKR
  3. Tahun 1998-2007: Penolong Pengarah (J41) dan Arkitek (J44), Bahagian Arkitek, JKR Perak
  4. Tahun 2007-2011: Penolong Pengarah Kanan (J48), Bahagian Arkitek, JKR Perak
  5. Tahun 2011-2011: Penolong Pengarah Kanan (J48), Cawangan Arkitek, JKR Malaysia
  6. Tahun 2011-2014: Penolong Pengarah Kanan (J48), Cawangan Pengurusan Projek Kompleks (PROKOM)
  7. Tahun 2014-2020: Arkitek Penguasa (J52), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
  8. Tahun 2020-2024: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Graduate Member Lembaga Arkitek Malaysia (1995)
  • Full Member IVMM (2014)
  • Certified Value Manager IVMM (2019)

b) Lain-Lain Kekompetenan

  • Penilai (Assessor) Program Pensijilan Pengurus Nilai Jkr Malaysia.
  • Program Pensijilan Pengurus Nilai Jkr Malaysia Registered Value Manager (RVM), Tahap 5.
  • Program Pensijilan Pengurus Nilai Jkr Malaysia Registered Value Manager (RVM), Tahap 4.

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • MoU JKR-UM dalam Program Penyelidikan dan Pembangunan bagi Bidang Pengurusan Nilai (VM) dalam Pengurusan Aset Menyeluruh (Total Aset Management) - 2024.
  • Pembangunan Dokumen ‘The Value Box: Effective Tools and Techniques for Value Management (VM) Application - 2024.
  • Pembangunan sistem EVSS Ver.2 - 2024.
  • Garispanduan Penyediaan Ringkasan Projek (Pindaan 2022)
  • “Dos and Don’ts for VE Facilitation”, Public Works Department (PWD) 2021

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Pembentang Pembentangan Kertas bertajuk “Enhancing Competitiveness Through Value Management (VM)” Webinar on Institutionalizing Value Management (VM) in Construction Industry Anjuran bersama; PUJA Academy Sdn Bhd (Pertubuhan Ukurbahan, Jurutera dan Arkitek, Brunei Darussalam) dan Institute of Value Management Malaysia (IVMM), – 2023.                                         
  • Ahli Majlis Pertubuhan Pengurusan Nilai (IVMM), 2023 – 2025.                                
  • The Malaysian VM Summit (MVMS 2022): Innovative Resilience Through Value Strategy- 2022                                 
  • A Guide on Value Management (VM): ‘Integration in Affordable Housing Programmes and Projects.’ kepada Construction Industry Development Board (CIDB) - 2022

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Anugerah Khidmat Cemerlang JKR Persekutuan (2023)
  • Anugerah Khidmat Cemerlang JKR Persekutuan (2014)
  • Pingat Jubli Perak Sultan Azlan Shah (2009)
  • Darjah Kebesaran Negeri Perak : Ahli Mahkota Perak (2007)
  • Darjah Kebesaran Negeri Perak : Pingat Pekerti Terpilih (2005)
  • Anugerah Khidmat Cemerlang JKR Negeri (2005)
  • Anugerah Khidmat Cemerlang JKR Persekutuan (2002)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga PUAN SHARIFAH MUNA SYED MURTADZA  dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"