Date: Rabu, September 1, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN ZAIDAH BINTI IBRAHIM, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA KESIHATAN, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 31 OGOS 2021.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga PUAN ZAIDAH BINTI IBRAHIM dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"