Date: Rabu, Mei 13, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Sr Dr. MARINA BINTI MUSA, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PENGURUSAN PERUBAHAN DAN PRESTASI, CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 14 Mei 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah (Ukur Bahan) di Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor pada tahun 1993. Sepanjang 27 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1993 - 2003 : Penolong Pengarah (Ukur Bahan), Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor
  2. Tahun 2003 - 2005 : Penolong Pengarah (Ukur Bahan), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR
  3. Tahun 2005 - 2005 : Penolong Pengarah (Ukur Bahan), Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT
  4. Tahun 2006 - 2010 : Mengikuti Kursus PhD Di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor
  5. Tahun 2010 - 2013 : Penolong Pengarah Kanan (Ukur Bahan), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR
  6. Tahun 2013 - 2014 : Ketua Penolong Pengarah (Ukur Bahan), Cawangan Bangunan Am, IP JKR
  7. Tahun 2015 - 2018 : Ketua Penolong Pengarah (Ukur Bahan), Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi, CDPK
  8. Tahun 2018 - 2018 : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Unit Amalan Terbaik, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks,
                                     CPAB, IP JKR
  9. Tahun 2018 - 2020 : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi, CDPK, IP JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2016 daripada JKR. Beliau juga berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan (BQSM) dan Royal Institution of Surveyor Malaysia (RISM).

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Sr Dr. MARINA BINTI MUSA dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.