Date: Selasa, Februari 11, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Sr NIK ZAINAL ALAM BIN HASAN, PENGARAH KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN yang menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 14 Februari 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Juruukur Bahan pada 16 Jun 1983 di Unit Pendidikan & Tentera, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1991 : Juruukur Bahan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  2. Tahun 1992 - 1995 : Ketua Pusat Kos, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  3. Tahun 1996 - 1997 : Cuti Belajar (MSc. in Facilities Management & Asset Maintenance, Heriot-Watt University, UK)
  4. Tahun 1997 - 2004 : Ketua Unit Bangunan Am, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  5. Tahun 2005 - 2007 : Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  6. Tahun 2008 - 2014 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  7. Tahun 2014 - 2016 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  8. Tahun 2017 : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Pasukan Projek Khas 1, CDPK
  9. Tahun 2017 - 2019 : Pengarah Perkhidmatan Ukur Bahan II, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  10. Tahun 2019 - 2020 : Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2009, kategori individu, 2010
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Kerja Raya, 1988 
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Kerja Raya, 1989
  4. Perkhidmatan Melebihi Tahun Sebagai Ahli Lembaga LJBM & Ahli Jawatankuasa LJBM dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM), 2010
  5. Pengiktiran Sebagai Subject Matter Expert (SME) bagi program Certified Procurement Officer Anjuran Intan & Kementerian Kewangan, 2011
  6. Johan Anugerah Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Pakar) bagi kategori Pengurusan Laman Web Terbaik 2012

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Juruukur Bahan Konsultan dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM)
  2. Fellow of The Royal Institution of Surveyor Malaysia (FRISM)
  3. Fellow of The Royal Institution of Chartered Surveyors (FRICS); United Kingdom
  4. Member of The Institute of Value Management Malaysia (IVMM)
  5. Member of Malaysian Society of Adjudicators
  6. Certified Adjudicator, Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA)
  7. Certified Professional Trainer & Facilitator, Universiti Malaya
  8. Advance Certified in Public Procurement, United Nation Development Programme (Level 3)
  9. Merupakan seorang Certified Professional Trainer & Facilitator yang dianugerahkan oleh Universiti Malaya
  10. Tenaga penceramah dalam bidang pengurusan kewangan dan pentadbiran kontrak, perolehan, pengurusan projek, penilaian tender dan perkhidmatan perunding di pelbagai Kementerian dan agensi kerajaan
  11. Penggubal silibus kursus pentauliahan dan persijilan perolehan anjuran INTAN dan Kementerian Kewangan Malaysia

c) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli Lembaga, Lembaga Juruukur Bahan Malaysia mulai Februari 2007 hingga Februari 2021
    i) Pengerusi JK Pendaftaran & Kelayakan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia mulai Feb. 2007 - Feb. 2021
    ii) Pengerusi JK Quantity Surveying International Conference (QSIC), Lembaga Juruukur Bahan Malaysia, 2012
  2. Ahli Lembaga, Lembaga Jurutera Malaysia mulai Ogos 2012 hingga Ogos 2017
  3. Ahli Lembaga, Lembaga Arkitek Malaysia mulai Jun 2007 hingga Jun 2009
  4. Panel Penilai Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA), Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB), 2012 – 2016
  5. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Bagi Sistem National e-Tendering Initiative (NeTI), CIDB, 2010 – 2013
  6. Panel Industri Untuk Semakan Semula Kurikulum Sarjana Muda (Kepujian) Ukur Bahan , UiTM, 2013
  7. Industry Advisory Panel, INTI Laureate International University, Nilai, Negeri Sembilan, 2012-2014
  8. Ahli Jawatankuasa Construction Industry Transformation Programme (CITP) CIDB 2016 - 2020
  9. Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB) – Pengerusi Akrab Jabatan Kerja Raya Malaysia, 2013 – 2019
  10. Panel Speaker untuk QS Principal’s Dialogue 2016 - 2017 dan Panel Akreditasi Program Akreditasi Program Diploma Ukur Bahan 2015 – 2017 – Royal Institution of Surveyor Malaysia (RISM)
  11. Tenaga Pakar bagi Akreditasi Penuh Program Ukur Bahan untuk Institut Teknologi Pertama – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2016
  12. Panel Speaker untuk QS International Convention 2017 – Lembaga Juruukur Bahan Malaysia
  13. Panel Penilai Program Pensijilan JKR 2018
  14. Panel Speaker untuk International Quantity Surveying Academic Forum (IQSAF) 25 August 2019
  15. Moderator untuk Seminar Nail Your Tender “Securing JKR Projects” 10 September 2019
  16. Penasihat untuk Persidangan Juruukur Bahan Sektor Awam 2019

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Sr NIK ZAINAL ALAM BIN HASAN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.