Date: Isnin, Februari 10, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Sr NORMAH BINTI ALI, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN yang menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 10 Februari 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik pada 16 Jun 1983 dan seterusnya menyandang jawatan Juruukur Bahan di Cawangan Kontrak & Ukur Bahan pada bulan 27 Julai 1998. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1998 : Pembantu Teknik, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  2. Tahun 1998 - 2001 : Juruukur Bahan, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan
  3. Tahun 2001 - 2002 : Cuti Belajar (MSc PROJECT MANAGEMENT, USM)
  4. Tahun 2002 - 2006 : Penolong Pengarah, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan
  5. Tahun 2006 - 2007 : Penolong Pengarah, Cawangan Arkitek
  6. Tahun 2007 : Penolong Pengarah, Cawangan Pengurusan Korporat
  7. Tahun 2007 - 2009 : Penolong Pengarah, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan                                           Tempatan
  8. Tahun 2009 - 2014 : Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan
  9. Tahun 2014 - 2015 : Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Korporat
  10. Tahun 2015 - 2019 : Juruukur Bahan Penguasa, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan
  11. Tahun 2019 - 2020 : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 1996
  2. Memiliki Value Management Professional (Module 1) - 2016

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Berdaftar Dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (PQS)
  2. Berdaftar Dengan Royal Institution Of Surveyor Malaysia (RISM)
  3. Mentor Dalam Program Pementoran JKR 2013
  4. Mentor Dalam Program Pementoran 2016
  5. Penceramah Bagi Kursus Sijil Pentauliahan Perolehan Kerajaan Versi 2.0 (SPPK) Kerja (K) 2019 Di INTAN Pada Ogos 2019
  6. Bengkel Pengisian Library Rate Online (RATOL) Bagi Projek Kejuruteraan Awam JPS Malaysia pada 4-6 Sept. 2018
  7. Workshop On Preparation Of Elemental Design Of Building  Pada 25 Feb 2016
  8. Pemantapan Modul Pentadbiran Kontrak Pada  16-17 Mei 2016

c) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Jawatankuasa Kerja Media Dan Publisiti KUBINA 2015
  2. Ahli Jawatankuasa Seminar QSDP Pada 25 Mac 2016
  3. Penceramah Penggunaan PCE PREMO Pada 18-20 Mei 2016
  4. Ahli Jawatankuasa Akreditasi Juruaudit Keselamatan Jalan (Lantikan 14 Nov 2017)
  5. Jawatankuasa Tetap Kerja Sumber Dan Bahan Lestari  (Lantikan 19 Mac 2018)
  6. Panel Penilai Temuduga Sesi Temuduga Program Pensijilan Pengurus Kos Pembinaan (Laluan Khas –Perakuan Oleh Ketua Displin) Pada  12 Sept 2018
  7. Jawatankuasa Pengumpulan Data Kos Kitaran Hayat Peringkat Jabatan Kerja Raya (Lantikan Pada 3 April 2019)
  8. Ahli Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Ibu Pejabat JKR Malaysia 2018/2019
  9. Sebagai Panel Penilai Bagi Program Pensijilan JKR 2019 (Pensijilan Kos)
  10. Mewakili CKUB Dalam Bengkel Sumbang Saran Bagi Tajuk-Tajuk Penyelidikan Untuk Tahun 2020

d) Sumbangan di Luar Tugas Rasmi

  1. Royal Institution Of Surveyor Malaysia - 2017
  2. Lembaga Juruukur Bahan Malaysia - 2001
  3. Pertubuhan Professional JKR – 2013

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Sr NORMAH BINTI ALI dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.