Date: Isnin, Ogos 3, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Sr RAMZAH BINTI AHMAD, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 4 OGOS 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Juruukur Bahan di JKR Negeri Kelantan pada tahun 1990. Sepanjang 30 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1990 - 1993 : Juruukur Bahan,  JKR Negeri Kelantan
  2. Tahun 1993 - 1997 : Juruukur Bahan, Kementerian Pendidikan Malaysia
  3. Tahun 1997 - 2002 : Ketua Cawangan, PKK Negeri Terengganu, KPU
  4. Tahun 2002 - 2005 : Juruukur Bahan, JKR Negeri Johor
  5. Tahun 2005 - 2005 : Juruukur Bahan, JKR Negeri Johor
  6. Tahun 2005 - 2007 : Penolong Pengarah, JKR Negeri Johor
  7. Tahun 2007 - 2011 : Penolong Pengarah Kanan, JKR Negeri Terengganu
  8. Tahun 2011 - 2017 : Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pengurusan Nilai, EPU, JPM
  9. Tahun 2017 - 2020 : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Bahagian Pendidikan, CKUB

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2002 - Kementerian Pembangunan Usahawan
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 - Jabatan Kerja Raya Malaysia

b) Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM)
  2. Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)
  3. Berdaftar sebagai Certified ISO 9001 QMS Lead Auditor
  4. Ahli Penuh (Full Member) IVMM

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Jawatankuasa Perlantikan Perunding Asing JPPA Jabatan Perdana Menteri – Wakil Utama
  2. Lembaga Perolehan PERDA – Wakil Utama
  3. Jawatankuasa Perlantikan Perunding JPPCKAS, Cawangan Kejuruteraan dan Struktur, JKR Malaysia – Wakil Tetap
  4. Jawatankuasa spesifikasi dan Preliminaries CKUB - Ahli

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi;

  1. Pertubuhan Profesional JKR – Ahli
  2. Pertubuhan Pengurusan Nilai Malaysia – Keahlian

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Sr RAMZAH BINTI AHMAD dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.