Date: Selasa, Januari 29, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti SR. ZAILAN BIN LAGIMAN, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN DI PEJABAT KETUA PENGARAH KERJA RAYA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Febuari 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Juruukur Bahan di Bahagian Pendidikan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan pada 1 Disember 1984. Sepanjang 34 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1984 – 1985        : Juruukur Bahan, Bahagian Pendidikan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

2) Tahun 1985 – 1987        : Juruukur Bahan, Pusat Khidmat Kontraktor Jabatan Perdana Menteri

3) Tahun 1987 - 1991         : Juruukur Bahan, Bahagian Perubatan dan Kesihatan

4) Tahun 1991 – 1998        : Penolong Pengarah Teknikal (Ukur Bahan), Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS)

5) Tahun 1998 – 2004        : Ketua Juruukur Bahan Negeri, JKR WP Labuan

6) Tahun 2004 – 2007        : Bahagian Perubatan dan Kesihatan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

7) Tahun 2007 – 2008        : Juruukur Bahan Penguasa, JKR Wilayah Persekutuan KL

8) Tahun 2008 – 2014        : Juruukur Bahan Penguasa, JKR Negeri Sembilan

9) Tahun 2014 – 2016        : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Infra)

10) Tahun 2016 – 2019      : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 1997, 2010 dan 2018
2. Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) : 2011

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJUBM)
2. Berdaftar dengan Royal Instituit Surveyors Malaysia (RISM)
3. Certified ISO 9001 QMS Lead Auditor

c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Penceramah Siri Kursus Kontraktor, Anjuran Pusat Khidmat Kontraktor  : Tahun 2000
2. Panel  Penemuduga Wakil Jabatan, Pengambilan Jawatan Juruukur Bahan ,  J41 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) : Tahun  2004 - 2008
3. Juruaudit Dalaman Pengauditan projek –projek Jabatan :  2004- 2007
4. Panel Penggubal Soalan  Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK)  Jabatan Kerja Raya : Tahun 2004 - 2008
5. Ahli Jawatan Kuasa Induk Seminar  Cawangan  Jalan  Tahun  2016.
6. Lead Auditor ISO 9001 bagi pelaksanaan ISO 9000 peringkat Jabatan.
7. Penceramah bagi kursus  Perolehan dan Pentadbiran Kontrak untuk Kementerian, Agensi saperti INTAN dan MOSTI.
8. Penceramah bagi kursus  Perolehan dan Pentadbiran Kontrak untuk pentabiran Negeri, Negeri Sembilan.

Warga JKR merakamkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan selama berkhidmat sebagai penjawat awam dan di JKR khasnya. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan JKR di kedudukan pada masa ini. Seluruh warga JKR mendoakan agar SR. ZAILAN BIN LAGIMAN sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.