Date: Isnin, Ogos 31, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Sr ZULKIFLE BIN MOHAMMAD, PENGARAH KANAN CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 SEPTEMBER 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Juruukur Bahan di Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 2 April 1990. Sepanjang 30 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1990 - 1990 : Juruukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  2. Tahun 1990 - 1994 : Juruukur Bahan, Unit JKR Kejora, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor
  3. Tahun 1994 - 1997 : Juruukur Bahan, Pusat Khidmat Kontraktor, Kementerian Perusahaan Awam, Cawangan Terengganu
  4. Tahun 1997 - 1998 : Juruukur Bahan, JKR Negeri Sembilan
  5. Tahun 1998 - 2003 : Juruukur Bahan, Bahagian Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Pahang
  6. Tahun 2003 - 2004 : Juruukur Bahan Kanan, Bahagian Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Pahang
  7. Tahun 2004 - 2007 : Juruukur Bahan Kanan, Projek UIA Kuantan, Pahang
  8. Tahun 2007 - 2008 : Juruukur Bahan Penguasa, Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia
  9. Tahun 2008 - 2009 : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya (COS), JKR Malaysia
  10. Tahun 2009 - 2009 : Pegawai Khas, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia
  11. Tahun 2009 - 2014 : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, JKR Negeri Pahang
  12. Tahun 2014 - 2016 : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (JKR Negeri Pahang)
  13. Tahun 2016 - 2017 : Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR
  14. Tahun 2017 - 2018 : Pengarah Perkhidmatan Ukur Bahan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR
  15. Tahun 2018 - 2020 : Pengarah Kanan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, IP JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Pingat Setia Ahmad Shah Pahang (S.A.P) 2013
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 – Kementerian Kerja Raya
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1997 – JKR Negeri Sembilan

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan;

  1. Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM)
  2. Berdaftar dengan Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)
  3. Project Management Cert. (SRPM)  
  4. Certified Assessor (Project Management)

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Lembaga Juruukur Bahan Malaysia – (2017) - Ahli Jawatankuasa Kecil Promosi, Pendaftaran & CPD
  2. Lembaga Juruukur Bahan Malaysia – (2017) - Mentor program Mentor-Mentee
  3. Pertubuhan Professional JKR Malaysia Ahli
  4. Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) - (2017) - Ahli
  5. CBAS Programme in Project Management – (2017) - Certified Assessor
  6. Malaysian Asset and Project Management Association (MAPMA) (2017) - Ahli Jawatankuasa
  7. Committee Member Labour & Plant Constant (LPC) Study - Pengerusi Mesyuarat di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
  8. JK Penyediaan Modul Laluan Kerjaya J54, J52 dan J48 JKR MalaysiaAJK
  9. Ahli Pihak Majikan Majlis Bersama Jabatan JKR Negeri Pahang – (2009-2010)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Sr ZULKIFLE BIN MOHAMMAD dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.