Date: Khamis, Februari 20, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti TUAN HAJI ALIAS BIN ADAM, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, PASUKAN PROJEK PERSEKUTUAN, IBU PEJABAT JKR KELANTAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 24 Februari 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam pada 1 Oktober 1983 di Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1993 : Jurutera Awam, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
  2. Tahun 1993 - 1999 : Jurutera Awam, Cawangan Kerja Tentera JKR Kelantan
  3. Tahun 1999 - 2004 : Jurutera Awam, Ibu Pejabat KKM (Kader) - Bahagian Perancangan & Pembangunan
  4. Tahun 2004 - 2005 : Jurutera Awam Kanan, Jabatan Kerja Raya Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan
  5. Tahun 2005 - 2008 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan (Projek Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan)
  6. Tahun 2008 - 2008 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
  7. Tahun 2008 - 2011 : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kerja Keselamatan IP JKR
  8. Tahun 2011 - 2012 : Jurutera Awam Penguasa, JKR Jajahan Kota Bharu, Kelantan
  9. Tahun 2012 - 2015 : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kerja Kesihatan, IP JKR
  10. Tahun 2015 - 2017 : Jurutera Awam Penguasa, IP JKR - Projek Hospital Kuala Krai, Kelantan
  11. Tahun 2017 - 2020 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, IP JKR Kelantan - Pasukan Projek Persekutuan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima anugerah antaranya;

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2014
  2. Bentara Setia Mahkota Kelantan – Al Ibrahim IV

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan TUAN HAJI ALIAS BIN ADAM dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.