Date: Selasa, Mei 19, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti TUAN HAJI JAMALUDDIN BIN HAJI MD YUSOF, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 21 Mei 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik di JKR Caw. Kerja Tentera. Kem Sg Udang Melaka pada 1 April 1981 sebelum menjawat jawatan sebagai Jurutera Awam pada tahun 2001. Sepanjang 39 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1981 - 1988 : Pembantu Teknik, JKR Caw. Kerja Tentera. Kem Sg Udang Melaka
  2. Tahun 1988 - 2001 : Pembantu Teknik Kanan, Caw. Pengurusan Ibu Pejabat JKR 
  3. Tahun 2001 - 2009 : Jurutera Awam, Caw. Struktur dan Kejuruteraan Pakar, Ibu Pejabat JKR 
  4. Tahun 2009 - 2012 : Penolong Pengarah Kanan, Caw. Kejuruteraan Awam, Struktur & Jambatan 
  5. Tahun 2012 - 2016 : Pengurus Besar Pembinaan, Projek Naiktaraf Hospital Kuala Lumpur 
  6. Tahun 2016 - 2020 : Jurutera Awam Penguasa, Caw. Kejuruteraan Awam & Struktur, Ibu Pejabat JKR 
  7. Tahun 2020 - 2020 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Caw. Kejuruteraan Awam & Struktur, Ibu Pejabat JKR 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1993
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1998
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2007
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Tender B Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi
  2. Panel Temuduga Disiplin Awam JKR Kompetensi Tahap 3
  3. Ahli Jawatankuasa Penyedian Spesifikasi Kerja Bangunan
  4. Ahli Jawatankuasa SIRIM (Bricks & Block Works)
  5. Ahli jawatankuasa SIRIM (Engineering Drawings)
  6. Auditor Rekabentuk Projek Bangunan Menara Kerja Raya (BLOK G), & Projek Kedutaan Malaysia di Islamabad Pakistan
  7. Perekabentuk bangunan projek-projek Persekutuan seperti Projek Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu, Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur, SPRM Kuala Terengganu, Mahkamah Syariah Kota Kinabalu Sabah

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan TUAN HAJI JAMALUDDIN BIN HAJI MD YUSOF dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.