Date: Selasa, March 3, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti TUAN HAJI MOHAMAD RADZI BIN HJ. MOHD. YUSOF, TIMBALAN PENGARAH, BAHAGIAN PENGURUSAN NILAI, KEMENTERIAN HAL EHWAL EKONOMI yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 9 Mac 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek pada November 1985 di Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1985 - 1991 : Arkitek, Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR
  2. Tahun 1991 - 1996 : Arkitek, Projek Hospital UKM (HUKM) Cheras
  3. Tahun 1996 - 1997 : Cuti Belajar, University Of Sheffield U.K.
  4. Tahun 1997 - 2000 : Arkitek, Cawangan Bangunan Am, Ibu Pejabat JKR
  5. Tahun 2000 - 2002 : Atase Pembangunan, Kem. Luar Negeri, Kedutaan Malaysia Di Washington D.C. Amerika Syarikat
  6. Tahun 2002 - 2004 : Pen. Pengarah Kanan, Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR 
  7. Tahun 2004 - 2005 : Ketua Pen. Pengarah, JKR Negeri Selangor
  8. Tahun 2005 - 2011 : Ketua Pen. Pengarah, Seksyen Pengurusan Nilai, Unit Perancang Ekonomi, JPM
  9. Tahun 2011 - 2019 : Timbalan Pengarah, Seksyen Pengurusan Nilai, Unit Perancang Ekonomi, JPM
  10. Tahun 2019 - 2020 : Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Nilai, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Pingat Johan Setia Mahkota (J.S.M) Tahun 2019
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 (UPE, JPM)
  3. Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2012 (JPM)
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 (UPE, JPM)
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1995 (JKR)

b) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pembentang Kertas Kerja "Garispanduan Jawatankuasa Standard dan Kos Dalam Perancangan Projek-projek Bangunan Kerajaan", 2015
  2. Pembentang Kertas Kerja "Pelaksanaan Pengurusan Nilai Dalam Program/ Projek Kerajaan", 2013
  3. Pembentang Kertas Kerja "Implementation of Value Management In Government Projects - Presentation to World Bank Delegates", 2012
  4. Pembentang Kertas Kerja " Pelaksanaan Pengurusan Nilai Dalam Program/ Projek Kerajaan, 2011

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Pertubuhan Pengurusan Nilai Malaysia (Institute of Value Management Malaysia)
  2. Ahli Jawatankuasa Pasukan Khas Pengauditan Projek Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) dan Prestasi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB)
  3. Ahli Jawatankuasa Pemandu Kajian Pembanding Sektor Awam (PSC)
  4. Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Teknikal Sebutharga dan Tender
  5. Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi Sebutharga dan Tender
  6. Setiausaha Majlis Kader JKR
  7. Ahli Jawatankuasa JKR Architects Strategic Frameworks
  8. Ahli Jawatankuasa Pertandingan Masjid Terbaik Negeri
  9. Ahli Jawatankuasa "Project Partnering"

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan  TUAN HAJI MOHAMAD RADZI BIN HJ. MOHD. YUSOF dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.