Date: Jumaat, November 29, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti TUAN HAJI MOHD SUBKI BIN AHMAD SAID, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 5 Disember 2019.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Bahagian Bekalan Air, JKR Kedah pada 7 Ogos 1982. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1982 - 1984 :  Jurutera Awam, Bahagian Bekalan Air, JKR Kedah
  2. Tahun 1984 - 1991 : Jurutera Awam, Ibu Pejabat JKR Selangor
  3. Tahun 1991 - 1994 : Jurutera Awam, JKR Kuala Selangor
  4. Tahun 1994 - 1997 : Jurutera Daerah JKR Kuala Langat, Selangor
  5. Tahun 1997 - 2005 : Jurutera Awam, Unit Kerja Tentera, Caw. Bangunan, JKR KL
  6. Tahun 2005 - 2006 : Jurutera Daerah, JKR Petaling, Selangor
  7. Tahun 2006 - 2007 : Pengarah Unit Teknikal, Kementerian Pertahanan KL
  8. Tahun 2007 - 2014 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan, IP JKR
  9. Tahun 2014 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, IP JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1998
  2. ​Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008

b)  Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Certified ISO 9001 QMS Lead Auditor

c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa kelulusan Pembekal Sistem Kekuda Bumbung CKAS
  2. Ahli Jawatankuasas Katalog IBS JKR
  3. Penceramah Kursus Audit Rekabentuk dan Pembinaan di CREATE - Mei 2019

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan TUAN HAJI MOHD SUBKI BIN AHMAD SAID dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.