Date: Selasa, March 17, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti TUAN HAJI NOR NASARUDIN BIN LEBAI ISA, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN JALAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 19 Mac 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Bangunan Pendidikan pada 11 Jun 1990 di JKR Kuala Terengganu. Sepanjang 30 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1990 - 1993 : Jurutera Bangunan Pendidikan (Kontrak), JKR Kuala Terengganu
  2. Tahun 1993 - 1998 : Jurutera Bangunan Pendidikan (Tetap), JKR Kuala Terengganu
  3. Tahun 1998 - 2005 : Jurutera Hutan Negeri (Kedah, Perlis, Pulau Pinang), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
  4. Tahun 2005 - 2007 : Jurutera Bangunan, JKR Kota Setar/ Padang Terap, Kedah
  5. Tahun 2007 - 2011 : Jurutera Kerja Kanan Padang Terap, JKR Kota Setar/ Padang Terap, Kedah
  6. Tahun 2011 - 2012 : Jurutera Jalan & Selenggara Jalan, JKR Manjung, Perak
  7. Tahun 2012 - 2014 : Jurutera Bangunan, JKR Manjung, Perak
  8. Tahun 2014 - 2017 : Jurutera Awam Penguasa, Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU Kedah)
  9. Tahun 2017- 2018 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek Khas 1, Cawangan Dasar dan Pengurusan Kontrak (CDPK)
  10. Tahun 2018 - 2020 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Unit Projek Khas Zon Utara 3 (UPKZU3), Cawangan Jalan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Kementerian Kerja Raya Malaysia - 2012
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri - 2016 

b) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

     Pengkhususan;

  1. Pengurusan Projek - 30 Tahun
  2. Khidmat Nasihat Teknikal - 12 Tahun
  3. Pinjaman /Kader - 12 Tahun

c) Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi

  1. Pengerusi Kelab Sukan Dan Kebajikan, ICU Kedah
  2. Bina Insan JKR Kuala Terengganu
  3. Timbalan Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Manjung
  4. Timbalan Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Kota Setar/ Padang Terap
  5. Ahli Majlis Mesyuarat Majlis Daerah Padang Terap

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan  TUAN HAJI NOR NASARUDIN BIN LEBAI ISA dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.